salam semua.
Sekarang ni mesti ramai yang tengah tercari cari kerja, ada yang tengah tunggu panggilan temuduga, ada yang tak dipanggil langsung. hehe tabah ok. tapi ada jugak yang dah pergi temuduga tapi tak berjaya dapat jawatan tu. Sebagai jiran kepada seorang penemuduga, atau ayat ringkasnya, jiran aku seorang tukang temuduga orang, dia ada bagi tips. jadi sharing is caring kan. ok jom kita tengok apa tips yang dia bagitahu aku.
kalau dari segi akademik, semua orang tahu, pelajar sekarang kebanyakkan dah pandai pandai. pointer pun lebih kurang je semua. jadi penumuduga akan tengok satu je. iaitu cara calon tu menjawab soalan masa temuduga. si calon mestilah jawab dengan tenang dan meyakinkan. jangan banyak emmm errr emmm err..
lepas tu, penemuduga suka bertanya soalan ni pada calon. "ceritakan tentang diri awak" atau pun "tell me about yourself". kadang kadang calon buat kesilapan kat sini. si calon banyak menceritakan tentang biodata diri. dari mana asal, sekolah mana, hobi buat apa, dan macam macam lagi ah.
tapi sebenarnya soalan ni la yang paling penting untuk pikat hati penemuduga tu. penemuduga nak tahu apa kelebihan diri kita. contoh macam kita ceritakan yang kita seorang yang sukakan cabaran. jadi bagi contoh pengalaman yang membuktikan kita sukakan cabaran. ceritalah masa belajar dekat universiti dulu, banyak assignment tapi dalam masa sama kena galas tanggungjawab sebagai wakil pelajar. ok tu contoh. jadi penemuduga rasa yakin yang anda memang sukakan cabaran.
nampak tak kat situ? bagi dua tiga kelebihan diri anda lepas tu bagi contoh pengalaman yang membuktikan kelebihan anda tu. haha skema betul ayat aku hari ni. ok. selamat berjaya dalam temuduga!
12 komen
Write komentips yang sangat berguna ! :) thanks ^^
Replyboleh pakai ke tpis ni aish hahhaa
Replybaru jer td lps interview untuk skim pelajar bekerja.. nape la x o9 dulu td.. mgkin dpt mmbantu.. tp td hancuss.. adeih..
Reply@imaza93
Replysama sama :)
@-telordibasuh-
Replyhaha wallahualam la telur..just nak kongsikan dgn pembaca ttg tips yg interviewer dari MARA bagi kat aish semalam
@gadis melayu
Replyjangan la sedih atia..kalau ada rezeki tak kemana..yg penting kt dah usaha :) gud luck
uwaaa...tips mmg bnyk dah...
Replytp darah tetap gemuruh..td oral test..
awal2 ok..bile darah dah naik..langsung xtau ckp ape..siap examiner boleg gelak lg..
@Fazil Hamid
Replyhuhu..tu la..mcm jiran aish ckp, dia nak tgk calon yg tenang masa jawab..huhuh
InsyaAllah. Kalau kena temuduga. Guna tips nie la. Thanks sis.
ReplyPnduan bguna wat ku untuk p tmuduga next week. .
ReplyPnduan bguna. .
ReplyPnduan bguna wat ku untuk p tmuduga next week. .
ReplySila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon