RAMBUT REBONDING

Tags

 rambut rebonding. cantik?


Last weekend aku pergi Jusco. sebenarnya tiap minggu aku bertandang ke Jusco Seremban ni ha. aku dah banyak kali bagitahu kan? why korang tak cari aku kat sana? takkan ada lah macam tu kan. kau ingat kau Fatin Liyana ke? heh. emm aku rasa duduk Seremban ni macam bosan gila sebab tak ada kemajuan langsung dari segi pembangunan. jadi korang jangan harap lah aku  ni jenis sosial sosial ke apa. balik balik pergi Jusco je la kau. 

ok intro aku memang out. 

tak ada kena mengena langsung dengan rambut rebonding. cuma aku nak cakap yang aku pernah nampak sorang awek ni memang cantik sebab rambut dia kalau aku usap mesti tergelincir tangan aku. yela dah licin sangat rambut dia kan? extreme betul. so aku bayangkan adakah rambut dia ori? atau pun teknik rebonding semata mata? *dah macam nas ahmad ni pehal?

tapi untung la kalau rambut tu cantik ori. tapi kalau teknik rebonding semata mata, mesti cantik tu kejap je kan? sebab apa yang aku debate dengan member member aku yg pernah buat rebonding ni, first year memang cantik. tapi tu pun kalau guna product yang bagus lah. macam Loreal ke kan. memang lah tahan setahun.

lepas setahun tu, apa jadi? 

ha separuh keriting, separuh lurus. aku pernah tengok rambut macam ni. atas keriting. bawah lurus. fesyen apa ni? aku duk ngomel sorang sorang. rupa nya baru aku tahu, tu la akibat rebonding. mula mula memang cantik tak hengat rambut tu. tapi lama lama, jadi buruk. 

rambut kering, bercabang, lepas tu lagi teruk, 2 3 tahun lepas tu, mesti gugur punya rambut tu. so nak tak nak kau kena spend ribu riban untuk jaga rambut kau tu. amik vitamin, pergi spa, buat rawatan, macam macam lagi lah. tu pun kalau rajin plus duit nya ada. kalau yang dasar pemalas nak buat rawatan, lepas tu duit pulak sesak sesak nafas je, ha tu la yang akan terjadi pada rambut korang. anda menyesal?

seram tau. 

biar rambut buruk, asal hati senang. macam lelaki ni. haha

so moralnya, bersyukur la dengan rambut yang ada. biar buruk asal sihat. kalau cantik pun, tapi menyusahkan diri keesokannya, nak buat apa?

Blogger yang bekerjaya dan fulltime online business. Jangan lupa add saya di FB dan follow saya di Instagram. Hubungi 0126716961 untuk sebarang pertanyaan mengenai Shaklee

Kongsikan artikel ini di :