APA KORANG BUAT DENGAN BRA LAMA?

Tags

Assalamualaikum! hai hai hai. ok jom kita borak pasal isu ni. eh sebenarnya tak ramai yang berani nak cakap pasal isu ni. eleh malu konon. ajak pakwe beli bra sama sama tak malu? haha. ok citer dia macam ni. aku nak tanya korang, apa korang buat kalau bra korang dah tak muat? tak pun koyak kena gigit labah labah? 

mesti korang buang kan? AAH!
eh yang lelaki pun sibuk nak jawab kenapa ye?

korang tahu tak, mak aku cakap, tak baik kalau kita buang pakaian dalam kita secara terbuka. korang bayangkan ea. benda tu kalau lelaki lelaki yang kerja MPS ambik sampah tu, nampak barang barang tu, dikhuatiri dorang akan ambik. sebab lelaki GILA SEKS sekarang ni ramai tau!

aku bukan la nak kata yang semua lelaki gila seks. tapi ada ok manusia macam tu. dorang yang dapat pakaian dalam kita yang lama lama tu, lagi dorang suka sebab kita dah pernah pakai. dan kalau korang nak tahu, pakaian dalam yang pernah dipakai, adalah barang paling mujarab untuk bomoh bomoh tak bertauliah buat benda benda tak senonoh kat kita. 

eleh..zaman sekarang jangan la pikir kolot..

hepp! nasihat orang tua tua jangan tolak tepi! kadang kadang hikmah sebalik nasihat tu, adalah supaya korang berhati hati dengan pakaian kecik korang tu. buang la cara paling terbaik. kalau nak buang, koyak koyak kan sampai hancur bungkus dalam suratkhabar tebal tebal baru buang ok.

aku tanam belakang rumah je. 

suka entry ni? vote aish kat sini!

Blogger yang bekerjaya dan fulltime online business. Jangan lupa add saya di FB dan follow saya di Instagram. Hubungi 0126716961 untuk sebarang pertanyaan mengenai Shaklee

Kongsikan artikel ini di :