BEKAS MINI YANG BERGUNA!

Assalamualaikum. 

Pernah jumpa spesis perempuan yang suka shopping dengan sangat hebat? Kalau jawapan korang 'pernah', maknanya korang silap. Sebab empunya belog ni adalah seorang yang tidak berbelanja seperti itu. kadang kadang je kalau dah sampai hormon untuk shopping, baru lah aku shopping. kadang kadang jeee. 

Namun, aku ada satu perangai yang tak boleh tengok bekas bekas mini yang cute ni. Sometimes barang barang tu aku tak dapat nak kategori kan sebagai apa, means tak sure sangat apa function dia, tapi asalkan ia nampak comel, maka terbang lah duit aku. ewww

Selalunya kedai pilihan untuk cari barang barang yang super cute adalah di Daiso. Kedai barang barang keluaran Jepun. Satu barang RM5. Selain kedai tu, aku selalu jugak jumpa dekat kedai Serbaneka yang ada jual macam macam barang yang comel comel. Dan salah satu barang comel yang aku suka beli adalah pill casing. Dalam bahasa melayunya, bekas untuk meletak ubat ubatan. 


Bekas bekas mini ni boleh diisi dengan barang barang cosmetik seperti body mist, lotion, toner, moistriser, dan macam macam lagi. Kalau rasa bekas asalnya besar teramat, boleh lah korang mentransferkan sedikit isinya di dalam bekas bekas ni. Selain mudah dibawa ke mana mana, ia juga ringan dan paling penting, cute size. hew hew hew. 

Yang ni untuk letak body lotion. 


Body mist (wajib bawa ke mana mana untuk kekal fresh sepanjang hari!)


ni paling penting. Korang bayangkan kalau kita amalkan a few bottles of supplement, takkan nak bawak ke offis besar2 macam ni aite? so ni la penyelamatnya. Selain memudahkan kita untuk carry supplement ke mana mana, ia juga membuatkan kita rasa bersemangat untuk mengambil supplement setiap hari! hoyey! oh Ye.. Saya pengguna Shaklee ye!


Suka dengan kulit muka sekarang. Nak try produk yang aish pakai? dalam entry ni! Menuju ke arah kulit yang cantik!

Ok..thank you for reading! Bye!

Aish - ID 910287
Shaklee Independent Distributor
012-671 6961 (whatsap/sms only)
ismalizayahya86@gmail.com 

atau boleh pm aish dekat
FB Page : Here


MENUJU KE ARAH KULIT YANG CANTIK!


Assalamualaikum =)


"Aish, apesal balik dari kursus muka kau sunburn?"
"Manede sunburn.."
"Nampak gelap la, ke kau salah pakai foundation nih?"
@#$%&

Pernah la jugak sebelum ni kawan kawan office tegur sedemikian rupa. I is sad you know! Well aku ni kira dalam golongan yang tak berapa nak putih dan tak berapa nak gelap. Sawo sawo matang gitu. Bagi aku, kulit putih pun tak guna kalau banyak jerawat, banyak blackhead, whitehead dan bla bla.. Biarlah sawo sawo matang asalkan kulit bersih dan mulus gitu. 

Tapi macam mana nak dapat kulit yang gebus mulus semua tu? Tambah tambah pulak aku ni jenis yang malas nak beli produk produk kulit yang mahal mahal ni. Sebab pernah dulu aku pakai produk ternama dan terbilang ni, (nama produk biarlah rahsia supaya blog ni tidak dikecam kerana mengaibkan produk mereka hehehe). aku pernah pakai produk dorang yang mahal dan ternama tu, tapi hasilnya nah! berjerawat muka aku. 

Lepas tu aku pun insaf taknak pakai produk mahal lagi. Terus pakai sabun susu kambing. hahaha. Tapi still tak puas hati lagi sebab kulit tak lembab, gebus dan mulus seperti yang diharapkan. Sedih. 

Pengalaman pakai Vitamin-E Complex


Actually aku dah amalkan Vitamin-E Complex selama sebulan. heh heh. yela, baru sebulan dah gebang kan. takpe, aku cuma nak berkongsi je dengan korang yang still lagi tercari cari solution untuk dapatkan kulit yang mulus gebus tu. yelah kan, lagi 2 bulan jer nak raya! Insyallah kalau kita konsisten pakai Vitamin E dari sekarang, kulit muka akan berjaya ditransform! hehe  

Selalunya kita akan jumpa produk kecantikan yang claim mengandungi Vitamin E contohnya macam pencuci muka atau krim malam. Tapi tu semua bercampur dengan bahan lain betul tak? Especially chemical! Kadang kadang peratusan kandungan Vitamin E dalam produk macam tu sikit je sebenarnya..Tapi dengan Vitamin E Shaklee ni, aku dapat PURE Vitamin E. 100% kandungan vitamin E! Siapa yang tak gerammm kan?? 


Berjaya mengurangkan parut jerawat! yea! 


Suka dengan kulit muka sekarang taw! hihihih.. ni time dekat office..sempat lagi snap kan..time ni suka sangat dengan perubahan kulit..parut jerawat hilang!

Jerawat memang masalah biasa aku especially menjelang PMS. Ada jugak yang suggest krim tu krim ni tapi lastly muka jadi lagi berminyak. jerawaat menten subur kat muka.. wawawa. Disebabkan masalah ni, wah tetiba teringin nak cuba Vitamin E-Complex dari Shaklee ni. Aku ni skeptikal sikit pasal supplement ni. Sebab dulu ada la jugak beli supplement tapi tak berkesan pun. Lepas tu leceh sebab kena makan pagi, petang, malam. Kadang kadang lupa terus terskip makan. 

Vitamin-E Complex Shaklee ni adalah dari sumber semulajadi (tumbuhan) dan wujud dalam bentuk d-alpha-tocopherol (bukan sintetik ok!) Ia jugak dilengkapi dengan selenium untuk meningkatkan penyerapan vitamin E. Satu kapsul mengandungi 400IU. Cukup untuk keperluan harian..So aku just makan satu biji satu hari. Simple as 1 2 3 ! 

Sebulan aku makan Vitamin-E Complex Shaklee ni, dah ada perubahan yang bagi aku ketara. Especially in terms of parut jerawat. Parut baru hilang dan parut lama jadi pudar. Lepas tu eye bag pun dah takde, ha yang ni kawan office yang tegur..hihihi..(nampak sangat sebelum ni aku pergi office with the eye bag!) Dan yang paling penting, kulit muka nampak lembab je. Bukan berminyak tau! tapi lembab. Tak kering macam sebelum ni. korang bayangkan kalau muka kita lembab, lepastu kita pakai compact powder apa sekali pun, kesannya memang cantik.. Tak payah pakai bedak MAC ok! I am so happy right now! 

Bila kulit dah rasa flawless, pakai compact powder pun rasa best je..serasi terus ke kulit muka. Thanks Vitamin-E Shaklee!
 
Itulah serba sedikit pengalaman aku mengamalkan Vitamin E-Complex Shaklee. Tu baru sebulan. Kalau lagi lama mungkin lagi banyak perubahan kann? Aku makan Vitamin E ni pada waktu malam selepas makan. Sebab masa tu badan dah rileks, dan boleh terus tidur. Bangun tidur, badan rasa sedap je dan paling penting kulit muka tu rasa lembab. tak kering. oh ye. aku pun ada jugak jadikan kapsul Vitamin E ni sebagai masker. Caranya senang je, just cucuk kapsul tu dengan jarum lepas tu keluarkan patinya. dan sapu pada kulit muka sebelum tidur. (make sure cuci muka bersih bersih dulu ye) 

Tapi pengambilan supplement macam ni semata mata tak akan berkesan pada kulit kita kalau kita tak minum air kosong yang mencukupi 2-3 liter sehari. Sebab air yang banyak dalam badan kita boleh memaksimumkan khasiat Vitamin E ni! 

So far aku rasa berpuas hati dengan Vitamin E-Complex dari Shaklee ni. Kira impian aku untuk dapatkan kulit wajah yang lembab, takde jerawat, gebus dan mulus tu dah tercapai. Kalau korang tanya aku, berkesan ke tak, insyallah berkesan kalau korang disiplin. Yelah nak diet pun kena disiplin, nak kulit cantik pun of course kene disiplin jugak. Insyallah. 

"Kalau mampu nak makan buah oren sampai berpuluh biji sehari, xperlulah makan Vitamin C..kalau ada yang makan extract biji anggur setiap hari, x perlu la makan Vitamin E.. kalau rasa dapat khasiat daripada semua jenis makanan yang kita makan setiap hari, abaikanlah pengambilan vitamin.. tapi kena make sure, betul ke pengambilan makanan kita tu betul2 berkhasiat, semulajadi dan selamat??"

So kalau korang berminat nak try Vitamin E dari Shaklee ni, boleh direct order dengan aku. Special price untuk pembaca belog ni! Korang boleh direct hubungi aku melalui :

Aish - ID 910287
Shaklee Independent Distributor
012-671 6961 (whatsap/sms only)
ismalizayahya86@gmail.com 

atau boleh pm aish dekat
FB Page : Here

Apa lagi tunggu..jom la sama sama try cantikkan kulit menjelang hari raya ni!