Nak tegur biar kena cara ea!

Tags

Kalau kita blogwalking, mesti dalam 10 blog ada la dua ke tiga blog yang mengutuk atau mengaibkan orang. Dengan alasan nak menegur. Baik sebenarnya niat tu. Aku pun suka gak tegur tegur mana yang pelik pelik ni. especially tang pakaian. Kalau belum baca boleh klik SINI dan SINI. 


sebenarnya tak salah kita nak menegur kalau kita rasa benda tu tak betul. bukan ah nak jaga tepi kain orang. tapi teguran tu untuk jaga kain kita sendiri jugak.  maknanya peringatan untuk diri sendiri gak. Contohnya si A tegur tentang pakai baju ketat ketat. tapi dia sendiri pakai ketat ketat gak. tapi alhamdulillah lepas tu dia pun dah tak pakai ketat ketat lagi sebab entry tu untuk peringatan diri dia sendiri jugak. so bagusla kan?


Tapi yang aku kesalkan kenapa kita kena menegur dengan cara memaki hamun? Aku bukan lah suruh korang tegur sambil keluarkan semua fatwa dan hadis. aku pun belum cukup ilmu di dada lagi. tapi apa salahnya kalau kita menegur dengan berhemah. Kawal sikit perkataan mencarut tu. Mereka pun manusia juga. 


bahasa yang keluar dari mulut kita mencerminkan siapa diri kita. stop mencarut!

Blogger yang bekerjaya dan fulltime online business. Jangan lupa add saya di FB dan follow saya di Instagram. Hubungi 0126716961 untuk sebarang pertanyaan mengenai Shaklee

Kongsikan artikel ini di :