aku cukup marah kalau orang komen tak baca isi!

haha. takut tak takut tak? aku kalau marah memang habis coklat dalam peti ais tu aku makan. nasib ah kan. macam ni..ce cite cee cite. aku marah jugak ah kalau orang komen entry aku, tapi komen tajuk padahal isi nya lain. contoh macam aku buat entry Cara nak beratkan blog.  pastuh orang komen "orang lagi nak ringankan blog ko nak beratkan pulak" 


hahaha aku hanya mampu gelak jelah. padahal entry aku sebenarnya tentang cara nak ringankan blog. tu ah tak baca tau tau nak komen je ea? siku nak?kalau taknak pergi beli coklat!


tapi aku nak cakap sikit ah kan. sebenarnya aku TAK SALAHKAN korang kalau korang komen tapi tak baca entry aku. nak tahu sebabnya?


1. blog aku  pasang lagu remix
sebab tu korang tak sangup duduk lama lama dalam blog aku ni. sempat baca tajuk je. haha. tu pun dah kira ok korang sempat baca tajuk. kalau sempat tanda pangkah je lagi kesian blog aku. 


2. blog aku font pelik pelik
aku guna font kejap kecik kejap besau! pastu tulisan aku kaler kaler. kejap jingga kejap oren kejap merah. korang sakit mata tengok entry aku. dapat baca tajuk pun kira bersyukur ahh


3. blog aku takde paragraph.
aku suka buat entry panjang panjang pastu tak buat perenggan. sekali hamik kau 8000 perkataan nak kasi korang baca. aku rasa korang baca intro aku je kot.haha


4. aku guna bahasa pelik
contoh macam "itew ukee btol g uma dieww taww..asew best ilewwwwww.." camna korang nak baca entry aku? haha


aku rasa tu je ah sebab kenapa korang datang blog aku komen tajuk je tapi tak tahu isi entry aku. tu lah sebabnya. abih tu aku nak marah korang pun tak boleh jugak nih. korang komen aku dah cukup bersyukur. dan walaupun komen tak bernas pastuh lari tajuk, tapi nak buat camne. blog aku ni ha punca korang taknak baca entry aku! miahaha


moralnya adalah, kita sebagai blogger kena faham kenapa orang komen lari dari tajuk kita. there must be a reason!


entry ni guna bahasa kiasan. pandai pandailah cari yang tersurat. lalalala.


Previous
Next Post »