Saya pun macam Zed Zaidi jugak cuma....

Tags

mesti ramai dah tahu pelakon hensem yang pernah jadi pooohjaann hhaaatiiy ku siapa lagi kalau bukan ZED ZAIDI, akan bernikah dengan seorang gadis pilihan yang dikenali melalui laman facebook, Natalia Mustafa Kamal. tahniah.


so aku pun nak interframe jugak sebab bertemu cinta melalui facebook ni pun aku pernah alami dulu. memang sweet. tapi taknak la cerita lagi kan. let bygone be bygone. cuma apa yang bezanya aku dengan ZED ZAIDI, dorang kekal ke jinjang pelamin. aku cuma separuh jalan. cincin dah beli tapi akhirnya musnah juga. 


walaupun dekat entry selalu update cerita cerita gila yang merepek repek gelak sana gelak sini, tapi jauh di sudut hati emmm still sedih dengan hubungan yang tak berkekalan tu. walaupun kami berkenalan melalui facebook, dan berpisah dengan cara baik, kami tidak pernah lagi bertegur sapa di facebook tu. 


niat di hati nak remove dia tapi tak sampai hati. bila rindu, aku mesti bukak facebook dia. kalau lah satu hari nanti aku dapat tahu melalui facebook yang dia akan berkahwin dengan orang lain..aku akan pikir..adakah cincin yang kami beli dulu, cincin risik dan cincin tunang tu, akan disarungkan ke jari perempuan itu?


mesti aku luka sangat sangat. huhu.


terima kasih sebab sekurang kurangnya aku merasai nikmat bahagia memilih cincin perkahwinan bersama kau dulu. walaupun hubungan kita tak berjaya ke jinjang pelamin. dan yang paling sedihnya, aku masih merahsiakan dari pengetahuan mak yang kami dah tak ada apa apa hubungan..ahhhhh..tersiksa jiwa raga. 


Buat F.. kadang kadang aku rasa menyesal kenapa kita dipertemukan dulu.....


Blogger yang bekerjaya dan fulltime online business. Jangan lupa add saya di FB dan follow saya di Instagram. Hubungi 0126716961 untuk sebarang pertanyaan mengenai Shaklee

Kongsikan artikel ini di :