Jom terjah mereka ramai ramai!
blog kepunyaan nur sharfatin che abdullah. pertama sekali nak cadangkan supaya anda tidak menggunakan pop up window kerana kadang kadang ia akan sedikit mengganggu blogger lain yang menerjah blog anda. lebih lebih lagi ketika mereka sedang berblogwalking. autoplay music mungkin juga menggangu tapi ok jika ia boleh pause seperti yang anda pasang di blog anda.
Warna font yang berwarna warni nampak menarik tapi kebanyakan blogger lebih suka font yang standard, hitam dan justified kerana boleh membuat reader selesa membaca entry kita. saya cadangkan agar anda menggunakan font yang berwarna warni itu hanya pada title post entry saja. nampak lebih kemas nanti.
saya cadangkan supaya widget relationship yang anda letak di bawah header tu, anda ubah di sidebar. kerana anda telah menggunakan ruang space yang banyak pada header dan follower.
apa pun, saya suka menu tab anda. nampak comel. footer blog dan title sidebar pun comel juga!!!
blog kepunyaan gadis melayu pula. anda menggunakan theme 3 column kan? jadi saya cadangkan anda menggunakan hanya 2 column saja. kerana kadang kadang blogger tidak pasti mana satu yang lagi penting. column belah kiri atau kanan. lagi pun senang anda nak susun widget widget atau info yang penting dan yang kurang penting. widget yang paling penting letak atas, kurang penting letak bawah. apa yang penting? kerjasamaa! eh tak yang paling penting, letak iklan nuffnang ok!
font tiada masalah kerana anda menggunakan font yang standard, warna hitam, dan jelas. walaupun centered, tapi anda bijak membuat entry anda tersusun dalam bentuk paragraph demi paragraph. kemas.
rj Etika pulak. ok blog ni ringan. maksudnya dia tak sarat dengan widget yang mengarut. nampak bersih. mungkin kerana bijak menggunakan warna putih dan warna lembut untuk background. header yang simple tapi menarik. sebab tu saya kata blog ini blog yang ringan. sedap mata memandang. senang nak baca entry beliau!
tapi anda menggunakan autoplay music! apa pun, lagu yang dipilih tak menyakitkan telinga. jadi ok lah kalau macam tu. letak lagu pun tak berat memandangkan blog anda ringgaan sangat. :) well done!
seterusnya blog kepunyaan Eday Faz. wah blog serba hitam gitu! sama juga dengan blog lain, saya cadangkan anda menggunakan font standard dan justifed. kerana nampak lebih kemas dan mudah dibaca. guna font yang berbeza hanya pada title entry atau title sidebar sahaja.
pada bahagian entry sensasi tu, saya cadangkan anda membuat scroll box kerana kalau tak buat scroll box, nampak menjela jela panjang ke bawah. lagi pun kalau kita guna function scroll box, nampak kemas dan dapat menjimatkan ruang di bahagian sidebar. begitu juga dengan archive.
dan lagi satu, memandangkan background anda hitam, apa kata jika anda adjust width. besarkan lagi entire blog anda supaya tak nampak terlalu narrow. sebab background hitam. nampak kecik je ruang entry tu. apa pun blog anda ringan dan cepat loading sebab tak banyak widget sangat. so gud job!
sekarang giliran blog cik riffa :) pulak. pertama sekali kredit untuk header. header yang unik dan feminin. tapi anda juga memasang autoplay music. kelemahan memasang autoplay music, blog akan jadi berat, dan tak semua blogger lain ada streamix. kalau guna broadband yang slow tu, lagu anda jadi sangkut sangkut. jadi orang pun tak dapat nak dengar lagu tu. tapi kebanyakan blogger, mereka lebih suka blog yang tiada autoplay music. tapi tu terpulang :)
secara kasarnya, anda menggunakan satu column sahaja. tiada sidebar. anda meletakkan widget di bahagian footer. saya sarankan anda meletakkan widget tersebut di bahagian sidebar. guna 2 column. tu dah cukup. jadi blogger lain boleh nampak walaupun belum scroll ke bawah. kebanyakan blogger hanya akan scroll sampai habis jika blog tu menarik perhatian dia. kalau tak? jadi kita letakkan widget macam follower dan sebagainya tu di bahagian sidebar.
font pula saya cadangkan anda guna font standard dan justified. guna font yang berbeza hanya pada title post entry sahaja. nampak lebih kemas dan mudah orang nak baca nanti.
blog ibarat rumah. kalau tuan rumah suka rumah dia macam tu, kita sebagai tetamu takde hak untuk paksa tuan rumah ubah. adios!
16 komen
Write komentape ape pown tq..^_^
Replyahhah..
Replybtw, nanti sy ubah lah mana yang patut..
tq cik aish ;D
wahh..bile nk rebiu blog kami plak cik aish..hehe
Replygadis melayu : but blog tu pun dah ok la atia.. :)
Replycik riffa : hehe no paksaan k..welcome!!
eRza farEeha : haha tgu giliran ye dear! :) :)
Replymemang blog ibarat rumah...ikut tuan rumah nak hiasa camne..tapi tak salah rasanya kalau kita bantu tegur mane yg patut atau tak patutkan...hehehehehe....baru kita tau ape masalahnya dengan blog kita...tul tak...??
Replydinda iva : betul betul..tapi tu lah hehe..sebenarnya review dalam keadaan takut gak ni..
Replydh g melawat..
Replytp xtgl jejak je..
cik ezy pemalu arini.
hahakk
tak sabar dah nak Cik Aish review blog saya nie..
Replyezy : jangan la jadi pemalu...ezy kan happening! hhe
Replyizzad : hehe sabar yeee
Replyblade : sure! thanks!!
Replyxpe..benda baik..kalau org tu xmo terima maka dengan itu boleh jalanlah....
Replyoke.thnx ya !
Replyeh...baru perasan dah kene review.
Replywahh..timaseh aishwarya rai. nanti kite bagi coklat k. heheh.
hahaha rj etika ni mmg tau. penat kita puji dia. haha
ReplySila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon