Moli

kredit untuk my lovely sister Rozlinda Yahya sebab tulis cerita tentang Moli. Hope kisah ini akan dijadikan tauladan pada semua orang supaya berperikemanusian dan lebih menyayangi satu makhluk tuhan bernama Kucing.

Suatu pagi, di bulan Disember 2009, waktu aku membuka pintu rumah untuk menghantar Sofea ke sekolah, tiba-tiba ternampak tiga ekor anak kucing yang masih kecik, tengah tidur, dari saiz badannya aku agak mungkin baru seminggu lebih umurnya. Mak kucing takde. Cis..ni sudah jadi kes buang anak, yang bestnya pandai pulak mak kucing ni tinggalkan anak-anak yang tiga ekor tu elok-elok atas doormat rumah aku! 


Sebab kesian, aku suruh suami aku ambilkan kotak lama dari stor, masukkan anak-anak kucing tu. Tapi masalah lain pulak timbul, anak-anak kucing dah menangis kelaparan sehari suntuk tak dapat minum! Penyelesaiannya, aku dan adik aku pergi ke klinik haiwan belikan botol susu, sangkar dgn susu tepung. Masalah lain pulak datang, time kitaorg semua pergi kerja sape nak susukan kucing-kucing ni? Pasrah dan berserah jelah, dengan harapan janganlah anak-anak kucing ni mati kehausan sementara nak tunggu kitaorg balik kerja.


Dalam sekelip mata, rutin kehidupan tiba-tiba berubah. Ada yang kena bangun pukul 2, 3 pagi untuk susukan kucing bila dah mula mengiau-ngiau. Aku biasanya kena tukarkan kertas suratkhabar untuk buat lapik dalam sangkar kucing. Bab membasuh, men-dettol kan sangkar dah memang jadi kerja aku bila balik ofis.


Akhirnya anak-anak kucing semua dihantar balik kampung ke Seremban. Siap kena belikan pasir kucing takut mak marah kalau kucing berak dalam rumah atau kat laman nanti.. Daripada 3 ekor, tinggal dua. Mak terpijak sekor, mati on the spot. Inilah sebabnya aku tak nak lagi bela kucing. Kalau mati, hilang, nanti stress. Sedih, menangis tak pasal-pasal.


Lepas tu seminggu kemudian mati lagi sekor. Demam. Sekarang tinggal sekor je, namanya Moli. Moli jantan, tapi Sofea tak dapat terima hakikat dia jantan, nak jugak nama Moli, aku malas nak layan, panggil jelah dia Moli..


Masa kecik-kecik dulu, Moli paling montel. Bulu dia lembut, tebal. Dia warna kuning putih. Malangnya...
Moli mula demam. Lepas tu baik, demam balik. 2,3 hari lepas kitaorang perasan Moli tak boleh jalan banyak. Lepas tu langsung tak boleh jalan. Hantar pergi klinik. Doktor kata "Moli kena demam panas dan sudah effect sistem saraf dia. Jadi Moli dah lumpuh. Peluang hidup 50-50."


Jadi sekarang Moli tak boleh bergerak. Bila nak makan, adik aku dukung, suakan muka dan mulut Moli ke tempat letak makanan dia. Petang-petang adik aku bawak Moli pergi laman. Baringkan Moli kat atas rumput dan Moli hanya sekadar terbaring lemah dengan matanya yang bulat, melihat budak-budak (anak-anak kakak aku yang hari-hari datang rumah mak aku) main..


Bila Moli kencing, kain lapik dia basah, Moli mengiau-ngiau macam panggil adik aku suruh tukarkan kain. Maklumlah Moli tak boleh berjalan. Sekarang kencing, berak, makan dia terpaksa kami layan.



Mesti Moli rindu nak melompat, kejar tali, kejar rama-rama...Moli memanglah hanya seekor anak kucing berumur 2 bulan, tapi dia tetap makhluk Tuhan. Aku tahu Moli boleh rasa sakit, sedih dan happy.
Walaupun Moli tak boleh membaca nota ni, tapi aku tau adik aku baca. Dan aku harap Moli akan dijaga dengan baik, dan semoga dia cepat sembuh dan boleh berjalan.


 Kewujudan Moli (dan arwah adik-adiknya) di rumah aku pagi itu pasti ada sebab dan hikmahnya. Supaya manusia tak hilang rasa keperimanusiaan. Moli dan adik beradiknya hanya nak menumpang kasih pada orang yang tahu mengasihaninya.Dan Moli melengkapkan kisah kehidupan kekeluargaan kami yang boleh dikenang sampai bila-bila.


Lepas ni, aku akan tulis cerita tentang seekor lagi kucing, ahli keluarga kami yang cacat sejak lahir..tungguu..

Previous
Next Post »

11 komen

Write komen
April 13, 2011 at 6:31 PM delete

sedihnya baca pasal moli.kesian dia dah tak boleh nak aktif macam dulu lg.entah macam manalah dia nak hidup sendiri kalo tak ada orang y baik boleh jaga dia kan. =(

Reply
avatar
April 13, 2011 at 6:51 PM delete

kesiannye...menitis air mata, teringat Kiki...dah bawak g klinik belum?? cube bwk selalu tanye doktor jugak mcm mane nak bagi dia sembuh dengan sempurna

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
April 13, 2011 at 9:47 PM delete

rose : emm tu la..paling tak sampai hati bila tgk dia pandang adik adik dia yang lain main main kat rumput. dia pun nak main tp kaki dia lumpuh..

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
April 13, 2011 at 9:49 PM delete

Zyash : dah bwk g klinik dah..sebenarnya ni kisah 2 tahun yang lepas...alhamdulillah sekarang moli dah boleh berjalan semula..sebab doktor bagi enjektion vitamin utk saraf..syukur sgt2..skng dia happy balik lompat lompat ngn adik2 yang lain..:)

Reply
avatar
ezy.fia
AUTHOR
April 13, 2011 at 10:07 PM delete

sedihnyeeee..
cian kat moli..
pe la nasib die..
huhu

Reply
avatar
Admin
AUTHOR
April 14, 2011 at 1:41 AM delete

Salam.
Nak nama Moli gak.. tu tak rasi nama Moli le tu ... hmmm ...

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
April 14, 2011 at 1:53 AM delete

bangku kosong : tapi alhamdulillah sekarang dia dah boleh berjalan semua...:) Tuhan syaangkan dia

Reply
avatar
ketawariang
AUTHOR
April 14, 2011 at 9:06 AM delete

sedihnya.... xpe,skrg dah sembuh kan? jaga baik2 tau...sesungguhnya jasa awak akan dibalas Allah... amin...

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
April 14, 2011 at 7:27 PM delete

@ketawariang


emm.. aah dah sembuh.syg sgt kat moli..umur dia dah 2 tahun..hensem! hhe..

Reply
avatar
ketawariang
AUTHOR
April 15, 2011 at 9:01 AM delete

alhamdulillah...nant update la die dah hensem ni... :)

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...