Alamak! Termasuk tandas lelaki!

kali ni aku nak cerita pasal salah masuk toilet. haa siapa antara korang yang pernah salah masuk toilet? apa jadi? haru biru ke? ke korang buat muka slumber toye je? kalau jenis tak ada perasaan tu mungkin boleh la menoyakan muka bila tersalah masuk. macam aku. haha. ni nak citer ni. ke tepiii kee tepiii cik aish nak citer.


kejadian berlaku dekat Mid Valley. masa tu aku dah besar dah. tu la masalah nya. kalau aku kecik lagi nasib ah kan sapa yang nak heran budak kecik salah masuk toilet. tapi masa tu aku dah besar da. dah tahu malu. ahh ni semua gara gara makan cekodok sejuk pagi tu. tengok sampai cirit birit aku kat Mid Valley.


dah tu korang pun mesti boleh bajet punya jalan cerita aku ni. dah tak tahan nak tut..mesti ah gopoh gopoh aku cari toilet kan. aku tak pandang apa lagi dah. aku cari toilet kosong je masa tu terus aku lepaskan segala keinginan aku dengan penuh nikmat. 


lepas tu apa jadi??


lepas tu bila dah selesai, baru aku tahu aku salah masuk toilet. tapi aku ni jenis kalau malu, aku tak tunjuk kemaluan aku. eh silap. aku tak tunjuk yang aku tengah malu. aku buat buat muka kerek. konon nya macam dorang yang salah masuk toilet. haha




lepas tu style biasa nak cover malu mesti ah pegang henset. buat buat ah cakap sorang sorang kan. padahal masa tu gua dah malu gilak ni beb! ahh tercemar keayuan aku masa tu. tapi kan yang paling best sekali, aku learn something sebenarnya. 


apa dia?


oohh macam tu dorang buang air kecik ea.. hahahahaha. wow!


ok bai.


Previous
Next Post »