5 BLOG KENA REVIEW!

Tags

Jom kita tambah kenalan! terjah dorang!


Syasya◕
Blog ni warna pink! hehe. tuan blog pun comel. nama dia sya dan berumur baru 15 tahun. uwaaa..pangkat adik lagi ni. tapi dah ada blog. wahh hebat..akak dulu umur 15 tahun, masuk disket dalam komputer pun menggigil takut komputer meletup.

ok adik ni yang cik aish perasan dia ada tutorial! so cik aish memang suka blog yang ada tutorial. boleh belajar! ok blog adik kita ni pasang lagu. tapi cik aish tak ada masalah kalau lagu tu slow dan sedap telinga mendengar. best ah!

ok cik aish nak cadangkan satu je. buang pop up window. sebab cik aish ni senang terkejut bila keluar kotak pop up window tiba tiba ni. hehe. tapi tu cadangan cik aish je. kalau rasa ok, ok la ye.





Farah
alahai comelnya header dia. suka la! blog ni pun ada tutorial jugak! best best. suka blog yang ada tutorial! cik aish rasa adik ni mesti peminat artis korea kan..huhu sebab ada entry pasal K-POP kat entry adik. hehe. kenapa ye suka artis korea? cik aish tau citer full house je. hehe

cik aish suka blog ni sebab dia ringan dan kemas. background putih tu buat blog jadi terang dan jelas. lepas tu tak banyak widget yang tak penting. bagus bagus. suka blog macam ni. tak percaya? pergi la terjah!





uLan
ok blog ni pun cik aish suka sebab kemas! wahh jeles jugak dengan blog yang kemas putih gebu suci murni ni. bandingkan dengan blog cik aish yang semak ni haduh..sedey pulak rasanya.

lepas tu bahagian sidebar memang kemas! suka sidebar yang ada border. lepas tu wahhh cik aish teruja la kotak sidebar boleh tukar tukar warna..heeee. ok ulan, selamat berblogging okay! orang kata, less is more! blog ulan memang simple tapi menarik!





Fantastic Ajane 
kredit untuk header! suka la warna hijau dan pink! cantik cantik! cik aish suka blog ni jugak sebab warna! ya warna blog dia cantik. suka blog yang pandai main kombinasi warna nih!  hijau dan pink memang cantik

ok lepastu bila dibelek belek entry entry blogger ni, cik aish assume yang blog ni banyak info terkini. sesetengah blog tak suka post tentang isu semasa. tapi blog ni banyak gak isu semasa yang dia masukkan. so thumbs up!

cik aish cadangkan, untuk buat blog lagi super super kemas, kurangkan widget bahagian footer. pada cik aish, footer tak perlu banyak widget. sebab tu akan membuatkan blog meleret terlalu bawah. ok selamat berblogging!




izzad
haa blog ni pulak. dia ni pengomen tegar jugak kat blog cik aish! hehe thanks ye izzad. eh izzad kan nama? err err.. hehe ok. blogger ni tak letak apa apa gambar dekat header. sebenarnya header ni terpulang pada masing masing. ada yang kata header adalah identiti blogger.

tapi blog izzad ni, walaupun header dia hanya sekadar tulisan, cik aish senang nak ingat sebab dia letak nama KITA SEMUA GURU tu besar besar dekat header dia. haaa..memang senang ingat ahh kan.

pasal font pulak. cik aish suka font yang standard dan jelas macam izzad ni buat. so senang nak baca. ok gud job! cuma cik aish cadangkan awak guna scroll box untuk widget yang panjang macam bloglist, blog archieve..haa banyak tutorial pasal ni. cuba buat ye. lagi kemas nanti!


blog ibarat rumah. kalau tuan rumah suka rumah dia macam tu, kita sebagai tetamu takde hak untuk paksa tuan rumah ubah. adios!


Blogger yang bekerjaya dan fulltime online business. Jangan lupa add saya di FB dan follow saya di Instagram. Hubungi 0126716961 untuk sebarang pertanyaan mengenai Shaklee

Kongsikan artikel ini di :