Cik Aish Masuk Tingkatan Lima.. hoyyey!

Tags

Minggu ni mungkin busy sikit. Blog Review pun mungkin kena buat 5 blog je satu hari memandangkan kebizian yang melampau minggu ni. bukan apa, aku kena baca balik buku Prinsip Perakaunan Tingkatan Lima. haish. rasa muda kekal muda nampak muda sungguh!


Minggu ni nak start mengajar kelas tambahan Tingkatan Lima untuk subjek Prinsip Perakaunan. Setakat ni aku tak ada masalah tentang akaun tapi aku belajar term in English di UiTM dulu. Tapi sekarang kena bukak buku balik nak remind term term dalam bahasa melayu. 


gigih tau beli buku rujukan tingkatan lima. time nak beli buku rujukan kat kedai buku Popular haritu, ada lak yang pandang pandang. hoi. tau la aku dah tua pastu belek buku tingkatan lima! uwa.. benci benci benci


Blogger yang bekerjaya dan fulltime online business. Jangan lupa add saya di FB dan follow saya di Instagram. Hubungi 0126716961 untuk sebarang pertanyaan mengenai Shaklee

Kongsikan artikel ini di :