Biar Enset Hilang Jangan Laptop Hilang!

Sebenarnya nilah prinsip aku. Enset ilang boleh dicari ganti. Laptop ilang pun boleh dicari ganti tapi isi dalam laptop tu burn la. Ha ha ha. Maka aku pun macam tak kisah kalau enset yang ilang. Maklum ah bukan ada siapa siapa yang nak call tanya khabar ke kan. ehem. batuk jap. 


Tapi nak dijadikan cerita, prinsip aku ni macam gerun gak kalau betul betul terjadi. Memang dah terjadi dah pun. Semalam masa menternak lemak makan kek coklat dekat Secret Recipe, tak tahu la kenapa bagaimana dan macam mana boleh tertinggal enset aku canteekk atas meja.  


aku sedar masa tu tengah drive nak balik. apa lagi patah balik ah dengan memecut sepuas puas hati aku mengalahkan watson nyambek gua cakap sama lu. Muka pun pucat lesi gak ah. Ahh kata tak kisah kalau enset ilang? Memang la sebab belum mengalami betul betul macam mana enset ilang. 


tapi hari tu baru ah aku tau kalau ah enset aku ilang, macam mana aku nak cari balik nombor nombor pakwe ensem yang aku pernah curi dulu? lecturer aku, nombor nombor advisor aku, nombor nombor cikgu aku. Dorang bukan aktif facebook pun. Susah gak ah.


Alhamdulillah setelah berjaya gak aku sampai ke garisan penamat betul betul depan kedai Secret Recipe tadi tu, dorang baik hati simpankan enset aku. Rasa terharu terkesima semua ada lah. walaupun aku bukan pakai Blackberry atau Blueberry wateva, tapi aku sayang enset aku. sob sob. 


maka aku pun tukar prinsip aku.
Enset ke Laptop ke Jangan biar hilang. 


abes da citer


Previous
Next Post »