Kau lelaki tapi kau ada bantal bucuk!

Tags

lelaki macho. maskulin. gagah berani. otot pejal. tangan berurat urat. dada bidang. bulu kaki keriting. ops. haish geli pulak aku nak sebut satu satu kriteria lelaki ni. seram makk..meremang bulu roma. sebenarnya lelaki ni nampak je macho dari luar. dalam hati ada taman.


tapi taman ni bukan la ada bunga pun tapi ada bantal busuk. haha. betulll..lelaki ada bantal busuk tau. tak percaya? abang aku ada bantal busuk! dia sayang dari kecik lagi. memang busuk gila la bantal tu. tak tahan aku bau. kadang kadang abang aku buat dajal. kalau aku main tipu monopoli, dia serkup muka aku dengan bantal busuk dia. aku pun pengsan 2 minit. pengsan dengan kadar segera. jantung pun berhenti berfungsi. 




jahat tau abang aku. nampak je macho. ahh macho ke? buwekk. aku lagi macho kot! sepink pink aku pun, takde simpan bantal busuk ni weh. buat busuk tubuh badan je. haha. tapi abang aku memang sayang nak lepas dari bantal busuk dia. mak aku marah. mak aku ugut nak buang bila abang aku pergi keje nanti. tapi abang aku gigih sorokkan bantal busuk tu supaya tak kena buang. 


pastu aku selalu la kacau abang aku. aku jerit. "abang! bantal kau ke yang bau tu? ingatkan lori MPS lalu tadi" 


mulut aku kalau mencerca orang memang pakej mengundang bencana. hahaha. tapi abang sendiri takpe. dia tak amik hati. tapi siap ah lepas tu aku kena baling ngn bantal busuk dia. menyesal aku cerca dia tadi. 


sian bini dia terpaksa tidur dengan bantal busuk abang aku tu. dah la warna bantal tu pun gelap. aku tak tahu la peta apa yang ada kat bantal tu. ahh lelaki memang macam macam. hahahaha. korang ada bantal busuk tak? meh aku nak sembur febreze.

Blogger yang bekerjaya dan fulltime online business. Jangan lupa add saya di FB dan follow saya di Instagram. Hubungi 0126716961 untuk sebarang pertanyaan mengenai Shaklee

Kongsikan artikel ini di :