KAMERA DSLR : BELI KERANA BAKAT ATAU TREND?

Tags


dulu aku tak pernah tengok orang usung DSLR merata rata. tapi sekarang, aku tengok makin lama makin ramai yang pakai DSLR. sana sini orang usung DSLR. tak kisah la sakit tengkuk ke apa ke, asalkan boleh sangkut kat leher. 

ada segelintir dari mereka hanya untuk dapatkan nama "AKULAH KAKIPHOTO". tapi mereka ini lebih kepada editing photoshop/after effect. kalau tengok gambar raw, memang hampeh, composition lari, warna lari, setting teruk. sampai ada yang edit blur(motion/lens) dalam komputer, bukan main dengan fungsi shutter/aperture!

bagi aku, sekarang ni lebih kepada trend, aku ada kamera, jadi kau pun perlu ada. aku gantung kamera kat leher, kau gantung dengan tripod2 sekali. ingat tak zaman pro-yo, tamiya, digimon dulu2? macam tu la dia. kalau seorang ada, mesti ramai2 perlu ada, padahal dah memadai untuk ada PNS je dari DSLR.

PNS- point and shoot
DSLR- digital single reflect lens 

1 benda yang aku tak faham, kenape orang orang yang ade DSLR ni menggelarkn diri dorang photographer?? Baru jek beli, trus dpt gelaran... abeh, org yg beli cam digital tu bukan? kamera jugak, amik gmbar jugak.  kalau aku beli bola sepak, aku patut dapat gelaran pemain bola ke? (aku tak pandai main bola sepak pun)

DSLR bukan lah seutas rantai berbuah kan kamera. 

Blogger yang bekerjaya dan fulltime online business. Jangan lupa add saya di FB dan follow saya di Instagram. Hubungi 0126716961 untuk sebarang pertanyaan mengenai Shaklee

Kongsikan artikel ini di :