TIPS MENANG MAIN SAIDINA

Korang suka tak main saidina? ala macam permainan monopoli tu. yang ada tanah, pastu dah ada tanah, boleh buat rumah dan hotel. lepastu mesti takut nak pijak tanah tu takut bankrup. haha. pernah main? aku tak tau la budak budak zaman sekarang reti main ke tak. dorang kan mengadap PS je. (mana la tak obes) Sebelum main, kena tahu dulu tips untuk menang. Jadi kali ni aku nak kongsi serba sedikit tentang tips untuk menang main saidina. 




tapi aku dulu suka lawan saidina dengan abang aku. sampai sekarang. kadang kadang abang aku ajak bini dia join sekali. nak tunjuk sapa handal sapa bangkrup dulu. haha. tapi mak mesti marah sebab kitorang main, mulut bising. ye ah kalau aku malang terpijak tanah ada hotel tu, maunya aku tak jerit. kalau menang duit loteri lagi aku suka. pastu yang paling bising bila salah sorang berjaya mengkantoikan diri masing masing sebab menipu. 


TIPS MENANG MAIN SAIDINA


1. Duit muncul tiba tiba. 
sebelum main saidina, aku akan make sure duit not RM5000 aku curi dalam beberapa keping simpan bawah karpet. agak agak nak muflis time tu boleh lah guna.pastuh abang aku pelik, "Woi mana kau dapat duit tu ha?" aku pun buat muka toya "malam sikitt ea, aku simpan untuk hari tua! kau apa tahu?" (memula nak simpan dalam bra mcm orang dulu dulu)


2. Curi duit
Setiap kali pusingan baru, dapat gaji kan? masa ni aku akan make sure mata aku tepat dekat tangan abang aku yang tengah ambik duit gaji tu. kadang kadang dia songlap duit. elok elok gaji RM1400 tiba tiba jadi RM2400. wah 2 keping kau ambik duit not seribu tu kan? agak agak ar. aku kalau nak curi pun duit sepuloh hengget je. dasar penyamun tarbus!


3. Tanah bergadai
kalau tanah bergadai mesti kena terbalikkan kad tu kan? yang ni pun best. kalau abang aku tak perasan, aku terbalikkan balik kad tanah aku tu. haha. sebab yela..nak tebus kena bayar interest kan. jadi terpaksa la main tipu. ala abang aku lagi jahat tipu aku. pastu abang aku pelik, "woi bila masa kau tebus tanah tu??" aku pun muka tak bersalah "Tolong sikit ea, kau tak ingat ke tadi aku dapat gaji pastu aku tebus pastu bla bla bla" gigih yakinkan abang aku


4. Curi rumah
Kalau rumah ada 3 biji, tiba tiba jadi empat. ni pun kes curi rumah pastu letak kat tanah tu. haha. aku pernah buat. abang aku gelak sambil marah sebab aku main tipu. "bengong, mana datang 4 biji umah?? kau buat umah 3 bijik je kan tadi?" aku pun jawab "apaa laakkk aku buat empat! ko yang tak pasan!" tu ah sapa suruh main tipu dulu. aku kalau nak nipu, memang tipu bermati matian!


5. Pijak tanah mahal!
kalau abang aku pijak tanah aku, dia diamm je. aku pun kadang kadang leka main mesej. tak perasan abang aku pijak tnaah tu. lepas tu dah habis game baru abang aku gtau, "eh aku banyak kali pijak tanah kau tapi kau tak mintak duit. hha padan muka." siot kau. nasib baik aku tipu ko jugak tadi. haha


wahh. dua dua main tipu camne ni? tapi tu la yang bestnya. kitorang bukan je seronok main permainan tu tapi hubungan adik beradik jadi lagi erat. bila kantoi kena tipu, dua dua gelak tak ingat. aku lak jenis ketawa kuat. memang mak marah ar.. hehe.


lepas tu sekarang kitorang sebelum main, kitorang spotcheck diri masing masing. seluk semua poket yang ada kot kot ada duit saidina ke kan..haha. geramm gilaa


Previous
Next Post »