MISTERI JALAN SHORTCUT

Tags

 gambar hiasan harus lah sesuai mengikut tajuk entry ye adik adik.

semalam aku drive sorang sorang. lalu kat satu jalan yang sunyi. mula mula taknak lalu jalan tu. tapi memandangkan itu je satu satu jalan paling dekat ke rumah, aku lalu gak ah. radio Sinar fm aku pasang kuat kuat.(geli siut dengar sinar fm pukul 12 malam, ada forum cinta la plak) aku risau balik sorang sorang malam malam ni sebenarnya.

tiba tiba bunyi something. aku tersedak terus. aisssshhh apa benda lak ni. hati dah berdebar debar ibarat orang datang melamar. "jangan ah apa apa benda yang tumpang aku balik. pergi la naik teksi ke apa ke." aku tengok keliling takde sapa. ah sudah. bunyi apa lak tu..aku bentikan keta tepi jalan. lagak berani ala ala pengkid. (ya pengkid berani yang ala ala je) aku nak tau bunyi apa tadi. aku turun dari kereta. kereta aku ok. nk kata tayar, tayar pun ok.

aku pun dah seram. teringat drama bersiri hantu kum kum kat astro semalam. bulu roma naik 90 darjah. dah macam duri kaktus dua kali pandang. apa lagi aku pun cabut ar. bawak kereta selaju mungkin untuk sampai rumah. last last sampai gak aku ke rumah. fuh. lega weh. keesokan harinya mak aku terpekik panggil aku....................

"aish! apesal nombor plat kau tinggal 3 angka je ni??" 

laaa plat aku cicir rupanya tengah jalan malam tadi. siot betul ah. ingatkan bunyi apa lah tadi kan. kusmangat ai.

Blogger yang bekerjaya dan fulltime online business. Jangan lupa add saya di FB dan follow saya di Instagram. Hubungi 0126716961 untuk sebarang pertanyaan mengenai Shaklee

Kongsikan artikel ini di :