SURAT CINTA PERTAMA. KORANG SIMPAN LAGI?

Tags

Ok. tadi masa tengah kemas kemas *konon rajin ah, boleh blah!* aku terjumpa satu kotak. berhabuk gila. macam blog yang tak berupdate pulak aku tengok. aku bukak ah kotak misteri tu, ha misteri kau. cuak jugak nak bukak. kot kot keluar lipas terbang. mau aku lari keliling rumah kang. sekali lor, surat cinta masa darjah 6 rupanya. simpan lagi! kekeke. 

tu cinta monyet pertama. tiada dua atau tiga. masa tu darjah 6. wah gatal gila darjah 6 dah ada pakwe. jangan ikut contoh yang tak baik ni okay. 

sebenarnya budak tu, baru pindah sekolah aku. so kitorang pun tertanya tanya oh siapakan gerangan budak baru tu? hensem ke? pandai ke? bila dah tau, ok memang dia hensem. hensem kategori budak kecik la masa tu kan. ahaks. tapi dia tak pandai. pandai lagi aku. haha. dia nakal. so dia masuk kelas hujung. aku masuk kelas pandai. wek.

dipendekkan cerita, hari hari time rehat, dia mesti tunggu aku kat tangga. sibuk je nak ngurat. *eh asal tunggu kat tangga je ingat nak ngurat, haha lantak ah kan* ada satu kali tu, tibe tibe cikgu aku bawak budak budak yang tak siap kerja sekolah masuk kelas aku, budak ni dari kelas lain. ada ah 10 orang budak lelaki. dia pun ada. denda nya, setiap budak budak ni kena duduk bersila atas lantai dekat setiap meja student lain yang ada dalam kelas tu.

pastu dia pulak kena duduk bersila dekat tepi meja aku. dorang pun apa lagi, sorak sorak ah. konon kapel paling sweet. gila apa? haha. 

tapi takde istilah kapel masa tu. kitorang tak kapel pun. tak macam budak sekolah zaman sekarang. kitorang masa tu cuma gitu gitu jela. jumpa berdua tak pernah dibuat! lepas UPSR, dia pun bagi surat kat aku. kitorang tak dapat jumpa lagi since lepas tu, aku pun pindah. form 1 dah tak sama sekolah lagi. hehe. sedih pulak kan?


Photobucket
banyak kesalahan tatabahasa. saudari ye..bukan saudara. 
malas nak tulis, sibuk. haha. lawak.
ada pulak time time suruh telefon. takkan ada ah kan. ko nak ko call la! pehal aku lak. haha


Photobucket
masa zaman kegemilangan Osama Laden. pengaruh sikit sikit ah kat budak ni. kahkahkah


Photobucket
siap tulis tarikh lagi kat belah kanan. macam buat kerja sekolah pulak kan? haha. dia tipu. bukan tahun 2008! tapi tahun 1996! gila maju budak ni.


dengar dengar dia dah pun kahwin. dah ada anak dah. wah ayat nak frust je pehal? takde la. tak frust pun. sian PP Epal nanti. lalalala.




P/s : Tahniah dekat blog INI sebab menang RM50 untuk contest aku baru baru ni! hep hep horay!

Blogger yang bekerjaya dan fulltime online business. Jangan lupa add saya di FB dan follow saya di Instagram. Hubungi 0126716961 untuk sebarang pertanyaan mengenai Shaklee

Kongsikan artikel ini di :