Kucing Aish Isap Susu Botol!

Tags

Aish dah cerita pasal kucing aish lumpuh dulu kat SINI. so kali ni nak tunjuk la kat korang kucing tu macam mana rupanya masa dia kecik dulu. apa pun nak bagitahu nama dia Babychiyona @ moli


Baby ditinggalkan oleh mak dia sejak kecik. kira kes mak buang anak la ni. so dari kecik Baby takde kasih sayang dari mak dia. tak de siapa nak jilatkan muka dia yang comot tu. selalunya mak kucing yang jilatkan..so mak dia takde, dia pun comot je la..yang warna kelabu tu adik dia..tapi dah mati. so tinggal Baby sekor.







aish akan bagi dia susu botol. dua dua memang pandai isap botol. aish akan pastikan susu tu betul betul ikut sukatan supaya dorang tak cirit. lepas tu air susu mesti suam sebab kalau guna air sejuk nanti perut kembung. ops yang gambar sebelah tu, Baby tengah main tali bra. Baby gatal.


tapi disebabkan tak pernah dapat susu ibu, Baby akhirnya lumpuh. keempat empat kaki dia tak boleh berjalan. jadi aku terpaksa suapkan makan minum hari hari. tapi sedih tengok bila Baby cuma mampu pandang adik beradik yang lain main kejar kejar tali. tapi dia? dia cuma terbaring je.





Kesian kat Baby yang lumpuh. Tapi Alhamdulilah Aish pergi bawak Baby jumpa doktor untuk dapatkan rawatan. Doktor bagi suntikan vitamin untuk aktifkan balik saraf dia. dan sekarang Baby dah berusia 2 tahun! dia dah besar..dah boleh berjalan semula. dan dia sangat aktif! Baby penyayang dan riang sentiasa! (macam iklan pulak)






Baby dah hensem! haha. Dah jadi anak teruna 

Kehadiran Baby membuatkan kita sedar betapa pentingnya perikemanusiaan dalam hidup kita. Dia hanya makhluk tuhan yang nak menumpang kasih dengan kita. Semoga Baby panjang umur. amin.

Blogger yang bekerjaya dan fulltime online business. Jangan lupa add saya di FB dan follow saya di Instagram. Hubungi 0126716961 untuk sebarang pertanyaan mengenai Shaklee

Kongsikan artikel ini di :