Koleksi Kucing untuk Dijual..berminat nak beli?

Tags

Cik Aish nak jual kucing. Harga harga boleh dirunding. Amat berpatutan. Harga mengikut timbang ea kawan kawan. sebab kucing aish ada yang gemuk ada yang sederhana ada yang tough. macam macam ah..jom tengok. 




Gambar kiri : Molichi
Gambar kanan : Chombichi




Gambar kiri : Milo
Gambar kanan : Ayu Raudhah




Gambar kiri : Bobychi
Gambar kanan : Labuchi


We Are Happy Family!


Ada siapa nak beli tak? hahaha..Aish gurau je. Aish sayang semua kucing aish! kalau kita nak bela kucing, kena jaga betul betul. macam kucing kucing aish ni, aish tiap bulan akan bawak enjek vitamin. kalau betina, aish akan enjek suntikan perancang supaya tak beranak selalu. 

kalau anak anak kucing, aish akan bagi enjek cacing supaya perut dia takde cacing. kalau ada cacing nanti zat makanan akan dapat kat si cacing tu. emm kucing aish, aish bagi makan IKAN TONGKOL REBUS. aish takut bagi ikan goreng nanti bulu rapuh.

kucing kucing ni ada dua rumah. satu untuk tidur satu lagi untuk toilet. jadi aish kena beli pasir kucing tiap tiap bulan. pasir kucing pulak ada jenis dia. kalau nak yang elok, beli yang boleh serap bau. so takde la berbau najis tu. 

dan jangan lupa bagi suntikan vaksin untuk kucing. suntikan vaksin ni macam BCG. dia akan avoid kucing kucing kita dari dapat penyakit. kalau kucing kita murung, tu maknanya dia demam. cepat cepat bawak pergi klinik tau!

Setakat ni kucing aish ada 12 ekor. hikk..Aish sayang semua! terutama BABY



Blogger yang bekerjaya dan fulltime online business. Jangan lupa add saya di FB dan follow saya di Instagram. Hubungi 0126716961 untuk sebarang pertanyaan mengenai Shaklee

Kongsikan artikel ini di :