Bahasa Malaysia Dipinggirkan?

disebabkan korang pemalas baca suratkhabar, jadi aku nak kongsikan luahan perasaan seorang pembaca ni tentang isu ni. jom baca dan renung renungkan. wawawawa.


::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


Baru baru ni saya menonton satu iklan rancangan realiti TV terbaru yang disiarkan oleh sebuah stesen televisyen tempatan. Manariknya iklan menyatakan syarat syarat penyertaan yang antara lain berbunyi "peserta mestilah warganegara Malaysia dan tahu berbahasa kebangsaan"

Saya merasa pelik, kenapa iklan tersebut menyatakan syarat tersebut? Bukankah sepatutnya sebagai seorang warganegara, seseorang itu sudah semestinya tahu berbahasa kebangsaan, tidak kira apa kewarganegaraan pun?

Sebagai contoh, jika anda warganegara Indonesia, sudah semestinya anda tahu berbahasa Indonesia. Sama keadaannya jika anda warganegara Thailand, tidak kira anda berbangsa dan beragama apa, sudah tentu anda tahu berbahasa Thailand.

Tetapi itulah "keunikan" Malaysia, anda mungkin warganegara Malaysia tetapi tidak semestinya anda tahu berbahasa Malaysia. 

Sebab itulah rancangan tersebut terpaksa meletakkan syarat "pelik" sebegitu, kerana di Malaysia jelas terdapat dua kategori warganegara. Yang tahu dan tidak tahu berbahasa Malaysia. Apa pandangan warga asing yang berkerja dan menetap di negara ini apabila mereka melihat iklan tersebut? Sesuatu yang mungkin janggal dan pelik di negara asal mereka. Sesuatu yang hanya berlaku di Malaysia. 

Memang menyedihkan walaupun sudah lebih 50 tahun merdeka, masih ada golongan rakyat kita yang gagal menguasai Bahasa Malaysia. 

MIENAMI
Puchong

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Apa pendapat korang? eh aku tahu rancangan apa..iklan rancangan MasterChef Malaysia.

dah vote?

Previous
Next Post »

4 komen

Write komen
Jay
AUTHOR
May 9, 2011 at 12:15 PM delete

yups betul tu..tak semua rakyat Malaysia tahu berbahasa Malaysia.kebanyakan di kawasan pedalaman.Sebab dorg biasanya menggunakan bahasa kaum mereka..tapi tak semualah..

Reply
avatar
May 9, 2011 at 2:17 PM delete

kadang - kadang bukan yang tinggal kat pendalaman je yang tak tau bahasa kebangsaan.
akak keje kat kaunter, pernah jumpa one person mengaku dah lama tinggal di malaysia tapi sepatah haram pun bahasa melayu dia tak tau..
Alasannya kat umah hari - hari gunakan bahasa ibunda negara asal nenek moyang dia dulu. padahal dia dah duduk malaysia dari sejak dilahirkan lagi..kakak terpaksa minta tolong person yang boleh minta alihbahasakan ape yang dia cakap..parah tull...

Reply
avatar
Cikgu Abah
AUTHOR
May 9, 2011 at 5:44 PM delete

sbb tu saye sentiase ckp bahasa malaysia..
walaupon dlm kelas enggeris..
walaupon saya ajar bahasa inggeris..saya tetap ckp dlm bahasa melaysia dlm kelas..hahaha..

Reply
avatar
myzziema
AUTHOR
May 10, 2011 at 7:24 PM delete

i'm sound stupid when i speak malay. huhuh. ntah apa lah nak jadi dengan orang malaysia skang ni. mengagungkan bahasa asing =___=

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...