kehidupan seorang yang BERTUDUNG VS TAK BERTUDUNG

Salam. sebelum tu, aku nak bagitahu, aku nak gunakan 'saya' untuk entry ni supaya korang boleh menghayati entry ni sepenuhnya. em ada tak antara korang yang berani buat pengakuan macam entry ni? bagi saya, bukan lah niat nak membuka pekung diri sendiri. tapi saya suka berkongsi pengalaman dengan korang. 


entry ni merupakan pengalaman sebenar saya. saya tak tahu mungkin ada yang pernah mengalami situasi seperti saya. saya seorang yang tak bertudung dulu. cara pemakaian saya dulu boleh dikatakan daring. ikut aliran fesyen muda mudi. masa tu saya ada ramai kawan. yang bertudung dan tak bertudung. tapi yang pasti saya ramai kawan yang tak bertudung. sebab kami sama sama berkongsi citarasa yang sama. 


KEHIDUPAN SEBELUM BERTUDUNG
saya rasa life saya sentiasa happy. saya dikelilingi ramai kawan. baik lelaki mahu pun perempuan. yang perempuan, ramai yang mahu berkawan dengan saya sebab saya boleh dikatakan terdiri di kalangan kawan kawan yang femes. seronok berkawan dengan orang femes kan? jangan tipu la.

bab kerja pulak, masa saya tak bertudung, pantang ada masalah sikit, mesti ramai yang offer nak hulur bantuan. especially lelaki. saya tak pernah rasa susah. mereka mesti tolong saya. saya tahu mungkin ada udang sebalik batu. ada niat lain. tapi saya anggap mereka kawan biasa. saya ingat lagi sampai satu masa tu ada kawan baik saya yang tak puas hati dengan saya sebab ramai yang nak tolong saya di tempat kerja. 


KEHIDUPAN SELEPAS BERTUDUNG
tapi bila saya bertudung, saya tinggalkan dunia lama saya, saya mula pakai pakaian menutup aurat walaupun belum cukup sempurna, sikit sikit dugaan datang kat saya. kawan kawan yang mula mengagungkan saya dulu, lama lama tinggalkan saya. bila saya susah, tak ramai yang datang hulurkan bantuan. saya tak pasti kenapa.


bila saya nak bertukar kerja, susah sangat. sebab mereka lagi suka menerima orang yang tak bertudung. bagi mereka, perempuan free hair lebih market dalam syarikat mereka. maka saya diketepikan..

dan bila saya mahu menjalin hubungan yang serius dengan seorang lelaki, mereka juga tak memilih saya. saya lihat pilihan hati mereka semuanya yang tak bertudung. saya rasa cemburu. adakah perempuan yang tidak bertudung itu lebih cantik? mungkin. 

saya tahu mungkin semua ni dugaan untuk saya apabila saya membuat keputusan untuk menutup aurat saya. apabila saya memilih untuk mendengar suruhanNya, saya diuji dengan macam macam dugaan. saya tahu, tuhan mahu lihat sama ada saya berpegang teguh atau tidak dengan pendirian saya untuk menutup aurat. 

tapi saya tak boleh tipu diri sendiri. saya pernah terdetik untuk kembali ke zaman saya dulu. saya pernah terpikir untuk tidak mahu lagi bertudung. tapi saya bersyukur kerana saya tidak lakukan. tuhan masih sayangkan saya. bagi saya, biarlah kawan kawan hilang kerana saya bertudung. biarlah mereka kata saya sombong kerana tidak sama citarasa lagi dengan mereka. dan biarlah saya tak ada siapa siapa yang istimewa dalam hidup saya. kerana saya tahu tuhan mahu uji saya.

jika kita ke arah melakukan kebaikan, pasti syaitan datang untuk mematahkan semangat kita. di situ lah tuhan mahu lihat sejauh mana keteguhan iman kita untuk melakukan kebaikan. adakah kita mudah berpaling setelah dijentik dengan kesusahan?
Previous
Next Post »

38 komen

Write komen
Mira3dora
AUTHOR
May 24, 2011 at 11:56 AM delete

bertudung dgn ikhlas hati. dulu aku pon tak bertudung. tp time form 2 or 3 cmtu. skang nk kuar tak pakai tudung pon rase dah len macam.

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
May 24, 2011 at 12:03 PM delete

nice entry..teruskan bertudung k :)

Reply
avatar
Ami Manaf
AUTHOR
May 24, 2011 at 12:11 PM delete

tabik untuk cik aish.. same2 la kite ye kuatkan semangat ke arah kebaikan..

Reply
avatar
mat ganu
AUTHOR
May 24, 2011 at 12:11 PM delete

harap feeling ko tu dh hilang skang.. yep, semakin kite dkt ngan Allah, semakin byk dugaan dtg.. aku suke blog ko, tp aku lbih suke tgk org bertudung.. aku nk ingatkn, sahabat adalah org yg membawa kite kpd kebaikan.. so, xyah nk peduli ngan diorang.. sahabat juga seorang yg sentiase berade bersame kite mase susah n senang.. haha.. tak nak komen panjang, nnti org muak nk bace.. xpe, nnti budak_baik nk buat entri pasal sahabat.. see yaw!!

Reply
avatar
ejulz
AUTHOR
May 24, 2011 at 12:16 PM delete

semoga berjaya menghadapi dugaan utk menjadi muslimah yg dekat disisiNya.. :)

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
May 24, 2011 at 12:27 PM delete

@Cik Mira yup...tp bila byk dugaan ni aku penah pk benda bodoh la plak..aku pk "klu aku tak bertudung mesti aku happy balik mcm dulu" astagfirullah..huhuh

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
May 24, 2011 at 12:28 PM delete

@^ai-mie : 아이-미^ yup..kena kuat semangat..tp aish penah gak rasa drop

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
May 24, 2011 at 12:29 PM delete

@budak_baik thanks weh..aku mmg tak kisah klu dorang nak jauh ngn aku sbb aku da bertudung.. tapi aku kesal sikit nape jd mcm tu..aku rindu life dulu..aargh tensen

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
May 24, 2011 at 12:29 PM delete

@ejulz thanks ejulz.. hope aish tak balik ke zaman dulu.huhu

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 24, 2011 at 12:47 PM delete

cik aish-sy suka entry awk..sy pn mcm tuh juga dlu..sy x fikir apa org lain nk ckp pas sy brtudung..skunk sy rsa sy dpt lbiy rmai kwn2 yg brtudung..dan sy juga dpt kwn yg x brtudung..diorg tgk sy brtudung,diorg pn ikt nk brtudung.ikhlas @ tak..2 trpulang pda diorg.yg pnting diri sy ikhlas nkbrtudung kerna Allah..

Reply
avatar
LALABIELA
AUTHOR
May 24, 2011 at 12:50 PM delete

teruskan pakai tudung. Allah suruh kita pakai tudung, sebab ada banyak kebaikannya... Allah nak yang terbaik untuk hambanya

Reply
avatar
Mira3dora
AUTHOR
May 24, 2011 at 12:57 PM delete

@Cik Aish same la weh. aku pon penah terpikir nak free hair kuar. pakai baju modern2 trendy skang. tp pk2 balik sume tu setan tuuu

Reply
avatar
May 24, 2011 at 12:59 PM delete

sy pun dlu xpkai tudung...asyik kene basuh ngn family..now, bila sy tak pkai tudung, omg terasa jijik diri ini, namun pelbgai kata kata busuk dari masyarakat melempar terhadap sy bhwa sy ni nk berbuat baik kerana riak apa semua..itu semua tak jd hlgan untuk kita kembali ke zaman jahil kita....heheheh..nic entry sis....tengkiu kongsikan bersama

Reply
avatar
Marya Hana
AUTHOR
May 24, 2011 at 1:19 PM delete

kalau dah bertudung bagos lah..
actually takde sape2 pon ketepikan
mereka yg bertudung..

just be urself... :')

Reply
avatar
Cikgu Abah
AUTHOR
May 24, 2011 at 1:47 PM delete

minta maaf...walau banyak mana pon nasihat anda..
sedikit pon takkan ubah prinsip hidup saya..
saya mahu bebas...saya takkan bertudung sampai bila-bila....hahahaha...
kalau saya bertudung takot isteri lari pulak...
hehehe...

Reply
avatar
Cikgu Abah
AUTHOR
May 24, 2011 at 1:57 PM delete

lupe la..dah komen entry ni ke belum..
walau ape pon..awal-awal nak minta maaf..
walau panjang mane pon nasihat cik aish..
tidak sedikit pon menggugat prinsip hidup saya..
saya takkan pakai tudung sampai bila-bila..hahaha..
takot isteri lari kalau bertudung nanti..hehehe..

Reply
avatar
myzziema
AUTHOR
May 24, 2011 at 2:04 PM delete

sayu je baca entry ni. mungkin Allah nak uji setebal mana iman kak aish kan. nanti lama-lama Allah bagi kebahagiaan yang berlipat ganda untuk kak aish just masanya belum sampai je lagi.

Reply
avatar
nurulain1011
AUTHOR
May 24, 2011 at 2:11 PM delete

teruskan dengan apa yang dirasakan yang terbaik =)

Reply
avatar
May 24, 2011 at 2:15 PM delete

hmmm...penah gak la rse mcmtu.
tp tu la kan. alhamdulillah :D

Reply
avatar
ezy.fia
AUTHOR
May 24, 2011 at 2:22 PM delete

setan mmg suke kaco org2 yg baek..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 24, 2011 at 2:26 PM delete

Assalam. Tahniah Cik Aish. Ali suka perempuan bertudeung. Looks more 'ayu' dan kemelayuan gitu. Hehehe. Oh, sy pernah tegur seorang kawan baik sy, perempuan. Masa tu sy dtg ke rumahnya untuk memulangkan nota. Dia keluar tanpa tudung. Then, sy sound direct: "lain kali ko kalau nak keluar rumah pakai tudung. Aurat ko tu untuk suami ko yang sah. bkn untuk aku". So, fikir-fikirkan yo! ^^

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
May 24, 2011 at 3:00 PM delete

@Mr.Thinker@Ali hehe yke..emm tu la..aish rasa, even skng mcm2 dugaan dtg, tp insyallah aish lum rasa nak balik ke zaman dulu..doa2 kan la..

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
May 24, 2011 at 3:01 PM delete

@☺MissNJZ☺ harap2 kt trus kuatttt..byk godaan utk kt balik ke asal.

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
May 24, 2011 at 3:02 PM delete

@.m y z. hm..tu la..berat mata memndang..hehe..harap2 makbul doa ziema tu..aminn!

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
May 24, 2011 at 3:03 PM delete

@Fazil Hamid ehe..jahat tau..tkpe..pakai tudung pun comel pe..jadi la fadzilah.. hehe

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
May 24, 2011 at 3:04 PM delete

@Marya Hana . ye..tak semua.. tp tu la pengalaman aish. mungkin tuhan nak menguji

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
May 24, 2011 at 3:04 PM delete

@♥Lady Ainaa♥ tkpe..yg penting kt tau niat kt.. yg penting tuhan nak uji kt sejauh mana iman kita.

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
May 24, 2011 at 3:06 PM delete

@Miss Asmidar bgs la klu tindakan kt tu jd ikutan orang lain.. hope awak terus kan jugak.. jgn sesekali toleh belakang lagi ye

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 24, 2011 at 4:23 PM delete

Kata-kata itu suatu doa, Cik Aish. Semoga kekal begini. Amin. ^^

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 24, 2011 at 5:25 PM delete

insyallah...awk pn sma ye..:)

Reply
avatar
Amir Izzat
AUTHOR
May 24, 2011 at 7:03 PM delete

niat tu penting.. Alhamdulillah la dapat berubah... Kita ikut perintah Allah ni bukan kerna manusia..tp kerna Allah. Syabas!

Reply
avatar
+AnamuSafir+
AUTHOR
May 25, 2011 at 4:34 PM delete

assalamualaikum cik aish ye nama di beri=) saya saje google2..jumpe blog ni..n saya baca entri ini.. terharu.. dan sy kagum ada org setabah anda..saya doakan smoga Allah terus tetapkan iman cik aish ke jalanNya..

semua manusia ada ujian tersendiri, n insyaallah semua ujian itu Allah lebih tahu kita dpt menghadapinya atau tak..

alhamdulillah dan teruskan istiqomah..=) susah2 dulu..senang2 kemudian..di akhirat nanti..

ingatla..bila kite x jaga aurat..nanti Allah akan bakar di neraka.. azab api neraka yg gerun pon sudah memadai jika kita rasa nak buat jahat kan...mudah2an Allah tetapkan pendirian kita dalam meneruskan kebaikan..

take care:)

Reply
avatar
rj Etika
AUTHOR
May 28, 2011 at 3:14 AM delete

biarlah kawan kawan hilang kerana bertudung, asal kan Allah tak hilang sebab kita bertudung. :)
Ikut pemerhatian sendiri la kan, lelaki ni lagi suke awek die free hair tapi die suke isteri die pakai tudung.

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...