Hai kawan kawan. Korang tahu tak, aku hari ni dapat dua komen dari cik anon pengecut! tapi ni bukan lah sekali aku dapat. bukan jugak dua kali. tapi dah banyak kali..TERJADIIII..woi dah macam lagu Sepah je kan. hehe ok stop it. ke laut ke laut!
so korang nak tahu tak sepanjang aku berblogging ni, apa jenis jenis entry yang menjadi sasaran cik anon untuk mengeji dan mengumpat kau dengan komen komen tak membina ala ala dengki gitu. nak tau tak? jom terjah satu satu.
1. ENTRY POLITIK
kalau kau buat entry tentang politik tak kira la kau pro kerajaan ke pro pembangkang ke, entry jenis ni ah yang paling jadi sasaran cik anon. mungkin dia tak sependapat dengan kita. kalau kita sokong kerajaan, mungkin cik anon ni penyokong pembangkang. kau siaplah komen dari cik anon tu nanti pasal entry kau tu.
ada aku kisah cik anon? Belog Cik Aish ni ada pasang detective Conan. aish boleh detect sapa cik anon ni. tungguuuu
2. ENTRY KUTUK LELAKI/ PEREMPUAN
yang ni pun panas gak. kalau korang buat entry tentang "aku benci lelaki poyo" tu contoh la kan..ha korang tunggu la cik anon mesti datang menjelma. haha. kalau kau kutuk lelaki, cik anon lelakilah yang akan menjelma. dan jugak sebaliknya. kehkehkeh.
3. ENTRY DAPAT BE BARU
biasalah orang kita ni cepat dengki tak tentu pasal. kadang kadang kita buat entry tentang dapat BE baru tu bukan nak show off pun. nak menunjuk apa kalau hasilnya seciput! tapi kadang kadang korang buat entry tu sebab nak buktikan yang nuffnang memang boleh dipercayai. memang boleh buat duit kalau berusaha! tapi cik anon ni kadang kadang dengki tak pun jeles sebab dia takde BE. so dia pun convert diri dia jadi ANON pastu kutuk kaw kaw kat korang. konon korang ni berlagak! haha
Jangan hidup dek pujian, jangan mati dek kejian
kedatangan anon anon ke Belog cik Aish amat aish hargai kerana korang dah menyumbang page view aku hari ni. dua orang anon, dah dua UV. lalalala (sakit ati anon tu kalau baca..)
sebenarnya banyak lagi ah jenis jenis entry yang jadi sasaran CIK ANON ni kan. penat pulak aku nak tulis banyak banyak kat sini. korang pun pernah jadi sasaran kan? so korang cerita la plak entry apa yang korang pernah kena jadi sasaran tu. ruangan komen ada kat bawah ye. hehe. meh share meh.
ok iklan kejap. Contest Blog Saya Biasa Biasa Je Tapi Cool! akan expired pada 3 Jun ni. Siapa belum join cepat join!
26 komen
Write komenkikiki bwt entry yg jenis jenis kontroversi sureeeee la banyak cik anon tak bertauliah ni. kadang anon ni best gak bace komen2 dorang. komen dari si pengecut. haha
Replychill cik aish
Replyjgn layan org mcm tuh
dia dengki kat cik aish kot
teruskan je blogging dan abaikan haters
; )
@Cik Mirahaha seyes...aku mmg suka baca komen dr anon..sebab aku mesti gelak dorang balik..nak marah tp taknak tjuk identiti..citt
Reply@julieeeeeeeeeeeetu la..blog picisan ni pun ada haters kan..ish ish..anon ni kelakar betul la
Replycik anon ni xpenah duk diam..
Replyada je nak komen2..
macam biasa la tu..
sabooo je la....
anyway. entry politik dan kutuk2 jantina lain tu mmg hangat nya anom tu komen..
@cik haniaah tu la kan..aish pun da lali da..bak kata org, da kebal da ngn anon ni..cuma perkataan bodoh tu la baru arini dpt. haha. anon anon..
Replysaya bukan nama seperti di atas, ingin memberi komen yg tak membina...hehehehe...
Replybakal menghantui cik aish kembali setelah abis exam...hahahaha...
sya pun pernah dapat komen dari cik anon.. ngekk! dieorg tu.....
Replyanon ni spisis kedengki..
Replyxboleh tgk entry org best,,
Haha. Aku selalu juga tulis entri yang #1 tu tapi amaaattt sangattt jaranggg lah dikomen oleh siapa2 termasuklah Anons ni. Mungkin mati kutu kot lepas baca, muahua3!
ReplyEntri #2 ingat2 xpernahlah buat. #3, kompom xpernah sebab xpernah langsung dapat BE. Bhai Nuff, hua3..
u/p: Untuk komen di pos ni, aku kena load 2-3x. Sebab kadang hang n kotak komen hilang. Widget Energy saving mode tu pun agak menganggu juga.. Maaf eh komen camni sini.. Rasanya sinilah yang kompom dapat perhatian cepat, ehe.. ;)
biasa la tu..diaorg nk guna nama sndiri org kenal lak..bila anon bru leh ckp best2 kata2 dari hati..hehe.
Replysy x penah lg dapat komen dr anon ni..
Replytp mmg best gak kn baca komen2 org yg x puas ati ni.. kutuk mcm2 tp pakai profile anon.. bkin malu jak.. hehehe..
mcm tu ye klu nk dpt komen cik anon..biha bru lg so x pnah lg la dpt komen2 cik anon ni..so klu nk mnggalakkan komen2 dr cik anon, kne la buat entry2 cmtu kan? hahaha
Replyanon dengki tu hehe
Reply@Fazil Hamidoo da habis exam ye...hehe..ok thank sudi menghantui aish balik.haha
Reply@GeminiGurlzhehe sabar je la
Reply@Cik Ezyhehe maybe la..biar la..kadang kadang anon ni, nak tehur kita, tak ada salahnya tp apa salahnya guna profile sdiri.
Reply@samizul.nettu la..aish pun pening pale sebenarnya nak ringankan blog ni..thanks sudi tgur..aish akn baiki kelemahan blog ni ye. :)
Reply@ArulchelseA hehe..tah la..kdg2 boleh drop semangat nak berblogging..tp apa kan daya..hati ni da kebal..hehe
Reply@Anne Nurain tau tkpe..kdg2 mmg boleh buat kt gelak
Reply@Biha
Replyhehe maybe kot..tp kdg2 dorang ni bgs jugak..leh tegur apa yg tak betul..spoiled tang identiti je
he3, btol. Cik Anon ni penyumbang trafik kita...
ReplyEntry terbaru -> Budak Botak Terpaksa Dedahkan RAHSIA Ni Kepada Cik Anon Semua... (",)
haha.. buat tak layan suda.. tak rugi pun.. blog kite pun x jd blank ke, hape ke kn?? haha
Replykak aishhhhhhhh ziema dapat komen drpd cik anon! first time! baru je dapat. seram sejuk menggeletar semua ada. dia suruh ziema pulak publishkan comment utk entry kak aish pasal anak yatim tu :(((
Replyrupanya dia post dekat ramai orang. ingatkan kat ziema je. ish sabar ye kak aish. jangan patah semangat. kalau rasa perlu diperbetulkan, perbetulkan lah :)
Reply(^_^)dugaan berblog...cik aish saya bkan anon tp cik enon yg suka follow blog2 best mcm blog cik aish ni best2 tul entry.tringin nk berblog tp masa x mengizinkan hukhukhuk
ReplySila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon