.

.

panas hati betul dengan kolej ni!!!

salam. hari ni entry sakit hattey! jadi aku nak kongsikan dengan korang korang semua supaya jangan jadi mangsa macam aku. ceritanya macam ni. aku kan sekarang tengah proses nak cari kerja lain. aku jumpa lah satu jawatan ni.

Jawatan kosong diperlukan segera!
1. Kerani am
2. Kerani operasi
3. Eksekutif pentadbiran
4. Pensyarah
Tak perlu pengalaman, bujang dan tak kira bidang pengajian apa sekalipun.

korang rasa pelik? aku dah mula rasa pelik. jawatan nombor 3 dengan 4 tu memang pilihan aku lah. jawatan meletup! aku pun setuju ah nak attend interview. semangat nih. aku apply jawatan pensyarah. kolej mana tu, aku rasa biarlah rahsia. kang aku kena saman lak sebab buruk buruk kan kolej tu. hehe.

dipendekkan cerita, takde interview pun selama hampir dua jam aku kat situ. panas hati betul. nasib baik muka aku ni kalau marah tak nampak macam marah. korang tahu sebenarnya dorang buat taklimat. dorang kata kalau nak jawatan tetap yang disenaraikan kat atas tadi tu, kitorang kena cari student dulu. selama sebulan. kalau kitorang dapat cari student, dorang akan promote untuk jawatan kat atas tu.

korang panas hati tak? aku panas hati weh. kena tipu hidup hidup. dalam iklan lain. cakap lain. ni kolej memang buat gua panass je. kalau korang nak tahu, kitorang kena jadi Perunding akademik macam yang aku cerita kat SINI dulu. wahhh aku dah masuk jerat dorang. pandai pandai. strategi baik punya. nak panggil orang datang, buat buat lah ada jawatan kosong meletup letup macam tu. 

last last kau kena buat marketing jugak. ni kolej memang desperate student! lepas ni tak hingin aku nak layan iklan iklan jawatan kosong kolej ni lagi. tipah tertipuuu! kolej tu dekat Seremban. area area jaya jusco. lalalalalalalal.
11 Komentar untuk "panas hati betul dengan kolej ni!!!"

baru perasan blog cik aish da tukar wajah la..makin comey! kalau zie pon mau geram gak! ada ke patut letak syarat mcm 2..

sian cik aish.. =)
sekarang ni susah nak cari keja yang betul2..
banyak yang menipu..

aaa.. taktik diorang lah tu..
cakap tak serupa bikin..
sabau ye cik aish.. :)

errr tapi kalau pikir ikut logik takkan senang2 cmtu je dia offer jawatan pensyarah kan? tak kira bidang apa sekalipun? mcm pelik je. hehe.

huhu..ilek aish..nanti kalau ade rezeki cekau je. jangan duk harap sgt keje cmni. saje nak gunakan penganggur untuk cr student la tu. sengal.

hmm mmg betul tu,tu sbb rara tak caye sgt iklan2cm ni.menyakitkan hati,dorg buat iklan mmg utk sakitkan hati org kot kan.

dekay dengan jasko??? hahahahaaa.. aku tau. aku tau... apesal kolej tu selalu naik name pasal yang bukan2 ni ek? isk isk isk

terbaru:
1. GUA TAU GUA EMSEM BILE PAKAI SPEK jangan.jeles.okeh
2. WOI MAKAN LA... GUA SUAP NI.
3. Budak Celup 22
4. JAHATNYA KAMU!!

camtu pon boleh..
ntah pape kolej tu..
huhu

header lawo la cik aish..
blog dh tukar kaler pink..
comel2..
=)

sungguh menyakitkan ati...diaorg taw kalau tulis job description skali haruslah org xmaw apply sbb ramai xsuka mrktng n cari2 org ni..tp yg minx keje la tertipu lak jadinye...hadoi....

Back To Top