kau ingat kau hebat kalau dapat masuk IPTA??

Tags

wah tajuk macam nak carik gado je kan. sebenarnya tadi aku jalan jalan kat blog kawan kawan, ramai yang buat entry dorang happy dapat masuk IPTA. yela keputusan masuk UPU kan dah keluar hari ni. so aish nak ucapkan tahniah tahniah tahniah dan congrat kat korang sebab berjaya dipilih masuk ke IPTA. 

so pada yang terpilih masuk IPTA tu, aku nak cakap sikit je kat korang. jangan sesekali korang ingat korang dah cukup pandai sebab dapat masuk IPTA. ni pengalaman aku ea. dulu, kawan aku punyalah bangga dapat masuk IPTA, then bila dah masuk, dia culture shock

culture shock tu macam, tetiba jadi bengong bengong taknak buat assignment, taknak study, pastu enjoy puas puas, especially bila dah dapat duit PTPTN, memang enjoy tak ingat ah. last last member aku tu kena buang universiti sebab semester pertama, pointer teruk.

see?

kat mana pun korang tercampak, IPTA ke IPTS ke kolej swasta kecil kecilan ke, or sekolah pondok ke, anggap ah tu rezeki korang. rezeki semua orang tak sama. kalau bukan rezeki korang dekat IPTA, mungkin dekat IPTS. yang penting aku nak cakap kat sini, korang study hard walau kat mana sekali pun korang dicampakkan. 

ok. so yang dapat masuk IPTA tu jangan ah seronok sangat tau. aku risau adik adik aku ni. takut terleka lak nanti. ok. dan yang pada tak berjaya, jangan sedey, jangan ada rasa down, jangan bunuh diri, jangan kurung diri dalam bilik, protes taknak makan.. no no no..

bak kata orang, tuntutlah ilmu selagi kita hidup. so tak kira mana sekali pun, asalkan kita ada usaha untuk success! ok. pesanan dari cikgu aish. ewah.

aku pegang pisau ni. cepat vote. haha

Blogger yang bekerjaya dan fulltime online business. Jangan lupa add saya di FB dan follow saya di Instagram. Hubungi 0126716961 untuk sebarang pertanyaan mengenai Shaklee

Kongsikan artikel ini di :