ADA TAK CONTEST BLOGGER PALING MALAS UPDATE?

Ok. Sekarang aku dah pandai pergi kerja dan balik kerja dengan public transport. yabebedu! Jadi Isnin sampai Jumaat adalah harus untuk aku memandang Belog Cik Aish hidup sedap macam makan coklat ni dengan sebelah mata. terpaksa buat buat taknak layan (tapi malam malam sebelum tido, jenguk jugak kejap) 

Kepada korang yang singgah mencuri coklat dalam blog ni, sila lah tinggalkan link dekat ShoutBox atau pun komen la satu dua walaupun hanya komen perkataan "setuju" atau pun "aish, tumpang singgah curi coklat". Weekend nanti aku akan jenguk dan click nuffnang korang. wah janji manis mu.

"kau ni pemalas macam kucing!"
BLOGGER PALING MALAS HUPDATE
Disebabkan aku dah tak mampu nak menghupdate blog ni dengan sekerap yang mampu, aku nak tanya kat sini, siapa siapa yang ada buat contest "Blogger Paling Malas Update" bagitahu aku cepat cepat. sebab aku macam berminat nak join dengan harapan aku akan menang hadiah pertama  T___T

Sekarang aku kena tumpukan perhatian pada tugas aku pada negara. eh tak tak. aku bukan perdana menteri. mahu pun menteri pembangunan wanita. bukan bukan. aku nak fokus pada kerja baru ni. nak ingat ingat balik topik finance analysis yang aku tinggalkan dulu. lamanya tak sentuh tajuk tu. now kena study balik.

p/s : Walau macam mana pun, Ahad ni aku nak release otak aku dengan melayan movie Bini Biniku Gangster. waa..korang tengok tak trailer dia yang part lotion memancut tu? aku tak paham la. cer eksplen. T___T

bye. aku terkeji.

Previous
Next Post »