SIAPA LELAKI NI? SAYANG DIA KETAT KETAT

Entry khas. Thanks to my lovely sis Rozlinda sebab buat satu entry yang paling bermakna sempena Hari Bapa. We both love him very much. 

.............


Selama 31 tahun saya hidup, tidak pernah sekalipun saya menyambut Hari Bapa. Bukan kerana saya tidak mempunyai seorang bapa, malah alhamdulilah, bapa yang saya panggil 'abah' masih sihat dan dipanjangkan usianya sehingga kini oleh Allah.

Saya tidak pernah menyambut Hari Bapa kerana ia bukan kebiasaan dalam keluarga kami. Sambutan Hari Bapa terasa begitu janggal buat saya kerana hubungan saya dan abah yang tidak begitu rapat sejak saya kecil lagi.

Mengimbau zaman kecil-kecil dahulu, saya teringat abah tidak pernah mendukung atau bermain-main dengan saya. Abah sibuk bekerja dan kepada emak sahajalah tempat saya mengadu dan bermanja. Yang saya ingat ialah melihat betapa seronoknya anak-anak jiran bermain badminton bersama-sama ayah mereka di laman rumah, dan saya hanya mampu memandang dari jauh dengan perasaan iri hati.

Sehingga dewasa, begitulah hubungan kami anak-beranak. Ada kala kami tidak pernah bercakap sepatah pun sesama sendiri, abah dengan hal abah, saya dan adik beradik dengan kisah kami sendiri.

Tahun 1995 merupakan tahun yang sangat bermakna dan penuh kisah suka duka buat saya. Hari itu (dalam tahun 1995) saya akan menduduki peperiksaan SPM, peperiksaan yang bakal menentukan masa depan saya, cerah atau suram, baik atau buruk, selamanya.

Pagi itu terasa dingin sekali. Selepas Subuh, saya bersiap, abah akan menghantar saya dengan menaiki motosikal milik arwah Atuk. Kasihan saya melihat abah, beliau demam dan selsema, tubuhnya kurus dan mukanya cengkung, tetapi tidak ada sekali pun beliau mengeluh untuk menghantar saya ke sekolah. Perjalanan merentasi kebun getah awal pagi itu terasa jauh sekali. Sampai di sekolah, ketika hendak turun dari motosikal, tiba-tiba abah berpesan: "Jawab kertas soalan elok-elok".

Saya terkesima, dan terharu, kerana saya fikir abah tidak pernah ambil peduli hal persekolahan saya, sebaliknya hari itu abah memberikan saya kata-kata semangat yang amat saya dambakan.

Selepas diumumkan sebagai pelajar terbaik sekolah dengan 7 agregat, saya berlari pulang ke rumah untuk menunjukkan kertas keputusan peperiksaan kepada emak dan abah. Saya lihat abah tersenyum dan gembira melihatnya.

Hari ini saya terfikir, saya tidak akan mampu berjaya dan mengecapi semua kesenangan ini tanpa jasa abah dan emak. 

Memang abah bukan ayah yang saya angan-angankan. Abah tidak pernah membelikan saya hadiah, bermain dengan saya atau membacakan saya buku cerita sebelum saya tidur. Abah tak berharta, tidak berpangkat, tidak berpendidikan tinggi.

Tapi jasa abah kepada saya melangkaui segalanya. Hidup saya cukup seadanya dengan abah. Bila saya sakit, abah hantar saya ke klinik. Abah beri saya pendidikan. Abah tidak pernah meminta sedekah untuk memberi saya makan. Saya pernah hidup mewah dan telah merasai hidup susah bersama abah. Justeru, abah telah mengajar saya banyak erti hidup.

Saya tidak mampu membalas budi abah dalam wang ringgit, dan saya tahu abah pun tak mengharapkannya. Saya kira apa yang abah mahu, di hujung usianya kini, ialah kehadiran anak-anak, rasa kasih sayang dan hormat kami semua kepadanya.

Juga doa setulus ikhlas anak-anak untuk abah, semoga abah dipanjangkan usia dan ditempatkan di kalangan hamba-hamba Allah yang soleh di akhirat kelak.

Selamat Hari Bapa, abah.

Previous
Next Post »

15 komen

Write komen
Cikgu Abah
AUTHOR
June 21, 2011 at 1:43 AM delete

hehehe..abah dolu2 mmg camtu kot..abah sy pon lebih kurang je..dah la susah nak jumpe sbb die kerje ikut lori..bile blk je mcm nak marah2 je..penat kot..bile result SPM keluar..die pon buat mcm tak endah je..mula terase gak..mcm die tak hargai..tp lame2 boleh faham..die tak tunjuk depan kite..tp die mmg bangga jd bapak kite...hehehe..

Reply
avatar
June 21, 2011 at 1:57 AM delete

ayah walaupun nmpak macam xbape nk amek pedulik kat kite, tp sebenarnya, mereka la lagi prihatin kt kita. tp mungkin dlm diam..

Reply
avatar
Cikgu Abah
AUTHOR
June 21, 2011 at 2:33 AM delete

wah..cepat betul tukar gambar header tu..baru nak tanye sikit td..

Reply
avatar
Cik TeN10
AUTHOR
June 21, 2011 at 6:35 AM delete

betul2.. setuju ngn najihah.. ayh ni dia xtnjuk sgt tp sbnrnya dia syg anak2 dia.. :)

Reply
avatar
safurara
AUTHOR
June 21, 2011 at 8:35 AM delete

hepy belated fathers day ayah.hehehe.rara syg papa rara jugak =)

Reply
avatar
myzziema
AUTHOR
June 21, 2011 at 10:58 AM delete

rasa mcm sebak sangat bila baca entry ni :')

dlu ziema pun bukan sng sangat. terlampau byk kenangan dgn abah sebab ziema org yang paling rapat dgn abah but kitorang terpisah after makcik bawak ziema tinggal dgn dia. lepas tu mmg susah sgt nak jumpa. kdg2 ambik masa bertahun2 nak jumpa. huhu. sebab apa tu biar lah jadi rahsia diri ini. tak termampu nak luahkan.

selamat hari bapa kepada abah kak aish! :D

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
June 21, 2011 at 5:49 PM delete

@Fazil Hamid hehe yup abah dulu dulu mmg mcam tu kan...abah zmn skng camne lak ye.

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
June 21, 2011 at 5:50 PM delete

@najihah sahami ha btul...lumrah kejadian seorang lelaki...bila syg, susah nk tjuk

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
June 21, 2011 at 5:50 PM delete

@Fazil Hamid ha nak tanya apa? sory la aish mmg suka2 tukar ..kang tukar lg kot. haha

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
June 21, 2011 at 5:51 PM delete

@Cik TeN10 yup..:) tp apa pu kena admit dorang ttp syg kt

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
June 21, 2011 at 5:51 PM delete

@rara pinkmafia hapy fathers day utk ayah rara jugak k :)

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
June 21, 2011 at 5:52 PM delete

@.m y z. la yeke..siannya..emm sabar la k ziema..semua ada hikmahnya..apa pun ziema kene bersyukur skurang2 nya ziema masih ada ayah lg walaupun jarang jumpa :)

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 31, 2011 at 8:11 AM delete

ksh syg mak ayah last 4ever.........

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...