APA KORANG BUAT DENGAN BAJU BARU?

Tags

ok. tajuk dah seakan akan dengan tajuk entry aku yang dulu Apa Korang Buat Dengan Bra Lama. ok takde niat pun nak buat edisi part 2 punya. malas lah nak cerita banyak pasal bra lama. korang bukan nak dengar pun nasihat aku tu. ingat lagi komen sorang mamat ni dekat entry aku tu, ada patut dia suruh buat kain lap meja je? keji tau!

kali ni nak cerita pasal baju baru. mengikut statistik dan laporan bancian penduduk tahun 2010, rata rata perempuan suka beli baju baru. nak pergi dating, beli baju baru, nak pergi kenduri, beli lagi baju baru. tu belum raya lagi. berpasang pasang baju baru. kadang kadang ghairah sangat pakai baju baru sampai lupa nak tanggal tag harga. ada ke patut?

tapi berapa ramai antara kita yang basuh dulu baju yang kita beli tu sebelum pakai? hade? hade? nan hado! tau beli je kan. dengan perasaan eksaited dapat baju baru, balik rumah terus hang, esok terus pakai. aiyak. come on girls. jangan lakukan aksi ni di rumah okay. ssanggat busuk di situ.

"ala sayang la nak basuh. nanti hilang la bau baju baru"

yelah. masa korang pergi beli baju tu, korang mesti try dulu dekat fitting room kan? agak agak korang, baju tu tah berapa ribu orang dah yang try? bayangkan aci aci bukak pintu pun dah pernah try baju tu dekat fitting room, amoi jual kangkung pun dah pernah try. tu belum kira lagi kes kes yang lupa pakai deodorant! bila try, maka tinggal lah kesan nan abadi dekat baju tu. 

lepas tu korang pun beli dan pakai dengan riangnya. 

tak geli ke?

kalau aku, aku geli dow. so pada perempuan perempuan, jangan ikutkan nafsu serakah korang tu okay. kalau dah beli baju baru tu, apa salahnya basuh dulu, rendam dengan soflan kasi wangi semerbak, then baru pakai. gunakan tanpa was was! okay bye!

Blogger yang bekerjaya dan fulltime online business. Jangan lupa add saya di FB dan follow saya di Instagram. Hubungi 0126716961 untuk sebarang pertanyaan mengenai Shaklee

Kongsikan artikel ini di :