KENAPA ORANG SUKA LEPAK KEDAI MAMAK?

Tags

salam to all cute buddies!


meriah betul!

aku heran dengan fenomena kat negara kita sekarang. kalau ada kedai mamak, kat situ lah ramai orang. kadang kadang bukan nak makan sangat pun, cukup dengan secawan teh tarik, yang lelaki pulak cukup dengan rokok dan teh, lepas tu duduk berjam jam and their business are blooming.

dulu penyakit ni dikalangan lelaki je, tapi sekarang dah terlajak sampai ke kaum perempuan. malam minggu jangan cerita la. boleh jadi funfair kedai mamak ni. haish pelik sungguh. apa best sangat kedai mamak tu? ada shah rukh khan ke keja situ?

mamak pakai pelaris ka??????

kalau dikaji kaji, mamak nie bukak 24 jam. dan customer pun especially lelaki memang suka lepak kedai mamak sampai pukul 3-4 pagi. dapat lepak, isap rokok, order roti canai dengan teh tarik pun jadiklah. saja nak melepak. lagi pun kedai mamak ni, dorang tak pernah halau customer dorang. duduk la lama mana pun. 

tapi cuba kalau lepak kedai minum melayu, mau tak kena jeling dengan tokey dia? huhu. jelingannyer cam kita ni makan tak bayor jer.... walhal kedai dia kosong...part ni aku setuju sesangat la. 


 tengok bola kat kedai mamak adalah fenomena paling best sekali! 

so ada yang kata bila lepak kat kedai melayu, ada sesetengah tu, kena panggil baru nak ambik order. pelayannya sibuk tengok tv. Bukan nak kondem ah kan tapi suasana dan "cara" kedai mamak lebih sempoi dan menyenangkan berbanding kedai melayu....
 
so aku rasa yang menjadi tarikan kedai mamak ni ialah '24 jam'. aku penah kenal sorang ni, dia kata kalau seminggu dia tak pi lepak kedai mamak, sistem akal dia akan putus!!!
 
melampau betul. hakshaks. well tu la culture atau fenomena negara kita. masa aku pergi France aritu, mana nak dapat fenomena meriah macam ni. takde derr..pukul 8 malam, semua dah sunyi sepi. bosann bosan. 2minggu kat sana, terindu rindu aku funfair mamak kat negara kita ni.

Blogger yang bekerjaya dan fulltime online business. Jangan lupa add saya di FB dan follow saya di Instagram. Hubungi 0126716961 untuk sebarang pertanyaan mengenai Shaklee

Kongsikan artikel ini di :