CARA UNTUK ELAK AKAUN FB KITA DARI DIHACK!

 avoid hackers!

zaman sekarang macam macam boleh jadi. bagi aku, facebook security die terletak kat email. kalau orang taktau email facebook kita, sampai bila bila pun dia takkan boleh hack. boleh juga diorang nak dapatkan password kita dengan gunakan email kita yang lain, tapi mungkin susah sikit.

kalau dapat email, macam macam boleh buat, nak buat phishing, nak hantar trojan etc.

Ramai orang aku perasan, letak email yang digunakan untuk login facebook di bahagian info di fb. Camne aku tau? Aku copy email tu, paste kat bahagian search, keluar lah profile orang tu. Senang kan? Tapi nak hack bukan senang. Nak login facebook cuma kena ada dua benda, email dan password. So sekarang, email dah ada. Tinggal password. Try lah buat social engineering, kemungkinan nak dapat password tu memang ada.






tapi tak ramai yang amik serius tentang hal ni. bagi dorang, biar la kena hack. bukan kena bayar pun nak buat akaun lagi satu. helo wake up! nanti ada orang akan menyamar sebagai kau. guna id kau, bukak group yang bukan-bukan ke, kutuk menteri, kutuk cikgu sekolah ke, kau lak yang ditahan. tak pasal pasal kau plak kena sumbat dalam ISA.

dasyat lah…serius bahaya ni. 

dan korang hati hati lah dengan orang indonesia. dorang ramai hackers. aku rasa dorg lebih maju daripada kita. hehe aku dah banyak kot jumpa pakar pakar dari indonesia dalam internet ni. kalau tidak, masakan bahasa indonesia ada dalam adsense. cari malay memang tak jumpalah.

so moralnya, dalam facebook, kalau boleh letak 24 angka untuk password. gabungkan huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol. kasi strength sikit. dan yang paling penting, hide email korang ok. 

walaupun zaman sekarang mungkin banyak lagi cara hackers nak godam akaun kita, tapi apa salahnya kalau kita amik langkah awal kan? take serius ok. aku saja nak kongsi pasal ni sebab risau ramai sangat hackers zaman sekarang. sedangkan website kerajaan pun dorang boleh hack ni kan pulak fb kita. hati hati ok.
Previous
Next Post »