INSIDEN MEMALUKAN DATANG LAGI! (macam iklan tora pulak)

Tags

First of all aku nak ucap beribu ribu lemon punya terima kasih dekat blogger KIC yang buat entry pasal BLOGGER HEBAT. walaupun sedikit confuse betul ke KIC ni letak belog Cik Aish ni? ke aku salah pandang ni? so apa pun alasan, terima kasih daun keladi, ada masa korang jenguk la blog KIC! best bro..

alkisah semalam punya cerita. 

aku rasa ni lah detik detik paling memalukan aku. aku tak tahu betapa merahnya muka aku masa tu. semalam aku pergi Terminal One (shopping complex paling menyeramkan, orang Seremban je tahu) sebab barang yang aku nak cari ada jual kat situ je. kalau ada jual kat tempat lain, aku tak datang situ. (next entry aku cerita pasal Terminal One okay)

dalam kepenatan mencari barang tu, aku rasa tekak ni haus bebenar. akak aku ajak aku pergi kiosk MCD beli askem Sundae. aku pun orite la. pucuk dicita Mcd mendatang la aku nampaknya. sampai je depan kaunter, aku penuh gaya mutu keunggulan, keluarkan wallet yang tebal dengan name card tu. 

"bang, askem lime sundae dua"

lepas tu, mak aku datang sergah. serupa pegawai agama datang serkup pasangan berkhalwat pulak gaya mak aku masa tu. huh. 

"aish, kau kan puasa!!"

muka aku ibarat kena lempar segelas sirap rasanya. malu tak terkata. mak aku pun satu, nak sergah, bisik bisik jelah. tak apa lah, mungkin mak aku pun terkejut tengok aku kat situ beli askem. aku pun cuba sedaya upaya mengcoverkan malu aku.

"mak, kan akak yang nak beli, bukan aish"


gara gara askem mcd lime sundae ni aku nyaris terbatal posa! damn!


tapi walaupun dialog pengcoveran tu tak berapa nak menjadik, dan tak berupaya nak menutup segala bentuk kemaluan yang jelas terpancar kat muka aku masa tu, aku redha. masa tu brother brother hensem yang beratur belakang aku, buat muka gelak tapi tahan tahan. weh nak gelak gelak jela. tahan tahan buatpe? 

gertak hati aku masa tu. haha. 

hensem tak hensem, tolak tepi. hati terbakar siapa yang tau? dah la tak dapat makan askrem mcd! kot ye pun mak nak sergah, bagi la aku rasa dulu askem tu. sebab makan tak sengaja, tak batal kan..huhu.. 

tu je ceritanya. moral? tiada pendidikan moral di sini. terima kasih jumpa lagi.

Blogger yang bekerjaya dan fulltime online business. Jangan lupa add saya di FB dan follow saya di Instagram. Hubungi 0126716961 untuk sebarang pertanyaan mengenai Shaklee

Kongsikan artikel ini di :