LELAKI DAN MANDI

Tags

Salam ladies and gentleman.

 Box Man Shower

Entry kali ni nak berkongsi pendapat dengan korang tentang beza mandi antara lelaki dan perempuan. haish. boring boring. tapi sebelum tu nak tanya, korang ni dah mandi ke belum? kalau belum bawak bawak lah pergi mandi. 

LELAKI MANDI SEKEJAP
most of them mandi memang express gila. asalkan yang basic lepas cukup la. gosok gigi, basuh muka, sabun badan. tapi kalau lelaki yang jenis sempoi, dorang tak pakai apa apa pencuci muka. kadang kadang sabun buku yang guna untuk badan tu, dorang sapu kat muka jugak. hee. itu kalau ada sabun. kalau in case dorang travel ke apa ke, kadang kadang bila lupa bawak sabun, tak jadi masalah besar pun. mandi pakai air jela. 

PEREMPUAN MANDI LAMA
kalau tak berejam, bukan perempuan namanya. eh yeke? perempuan teliti. itu fakta. seboleh bolehnya dia akan teliti walaupun dalam bilik mandi. means that, kalau boleh, mesti ada shampoo atau sabun yang betul betul sesuai untuk kulit dia. kalau in case dia pergi travel, dia akan bawak jugak. kan kan kan. lepas tu kadang kadang perempuan scrub tu scrub ni. kalau boleh celah celah kuku pun dia nak scrub. 

betul tak? 

cuba kalau tengok sekeliling sekarang ni. aku rasa dah terbalik. ada lelaki mandi lama. ada perempuan mandi kejap. hihi. kenapa jadi macam tu? ok baca dialog ni pulak.

Si perempuan : boleh tak u mandi tu senonoh skit? kenapa kejap sgt? macam tak bersih je. eei.
Si lelaki : yela.. 
ni kes perempuan yang mengomel suruh si lelaki tu mandi lama sikit. si lelaki tu pun terpaksa la ikutkan permintaan si perempuan. yela..kang si perempuan cari lelaki lain pulak. 

so aku rasa, mostly lelaki akan mandi lama kalau disuruh. kalau tak disuruh, dia akan menten dengan habit natural dia. lelaki mandi lebih ringkas.

haha. so lelaki, ada yang nak sangkal pendapat ni? sila sila. ruangan cemuhan disediakan. pendapat aku ni bukan lah tepat pun. just my point of view. kalau ramai kata lelaki mandi lama, next entry aku cerita. kikikiki




Blogger yang bekerjaya dan fulltime online business. Jangan lupa add saya di FB dan follow saya di Instagram. Hubungi 0126716961 untuk sebarang pertanyaan mengenai Shaklee

Kongsikan artikel ini di :