PERSATUAN SALAH CAKAP

Pada suatu hari yang dingin...angin sepoi sepoi bahasa..hm, takkan ada lah aku nak buat cerita skema macam ni. nak buat macam mana, sejak azali tak minat sastera. 

cerita pasal bahasa ni, korang like tak page ni? PERSATUAN SALAH CAKAP dekat facebook. memang cool la page ni. aku pun like jugak sebab aku ni memang selalu salah cakap. nak buat camne, kalau mulut dah macam bertih jagung. sekali keluar sampai salah salah kaauuu!

kisah satu. (typo)
semalam aku pilih gambar dekat pen drive yang PP Epal bagi aku. ala gambar raya. saja la gatal nak pergi hantar cuci. pastu malam tu aku sempat la berYM dengan dia. 

PP Epal : kamu, kenapa mintak pen drive tu? 
Aish : kamu, biar lah, tu kan gambar raya, banyak gambar yang kita nak hantar cuci, bla bla bla..agak berjela la jawapan aku.
PP Epal : yela, cuci la semua. 
Aish : taknak la cuci semua. saya nak selecet dulu gambar gambar tu.
PP Epal : ok..kamu selecet la puas puas.
Aish : eh bukan selecet! select la! 
PP Epal : takpe. saya paham. sok kita pergi kedai gambar kita selecet gambar sama sama ye.
Aish : ggrr..dah dah la tu. 
PP Epal : ha ha ha

kisah dua (salah cakap)
tu typing error. yang kes lagi satu ni, aku dengan kawan kawan umah sewa. masa tu dia tengah mengadu kat aku masalah dia dengan boiprend dia. aku pun nasihatkan la dia bajet dokter cinta. waklu. haha.

Aminah : aku dah tak tahan lagi aish. sampai hati dia buat aku begitu bla bla bla
Aish : sabar lah aminah. maafkan dia. sedangkan umat ampunkan nabi 
Aminah : apa kau ni? bila pulak umat ampunkan nabi?
memang tak la aku nak jadi dokter cinta kalau dah gitu ayat aku. salah sana sini. 


so korang pernah salah cakap atau salah taip? boleh lah like page ni beramai ramai. nescaya, korang mesti gelak terbahak bahak sambil menendang nendang kerusi bila baca ayat ayat dorang yang serba serbi salah tu. lepas tu kalau karam sing walia baca, dia pun senyum sinis. hahaha
Previous
Next Post »