BLOGGER : TAK SALAH MINTAK TOLONG AJARKAN.. TAPI..

Tags

Salam to all sweet girls and korean boy. 

dah 2 hari tak dapat blogwalking dan balas komen korang. hari ni baru berkesempatan nak balas. rasa macam retis la pulak kan? ops takde lah. ok. kali ni Belog Cik Aish bakal menggangu jiwa korang semula! I'm back! 

ok. sejak 2 hari tak online, ada la mesej mesej dekat facebook dari blogger yang mintak ajar macam mana nak buat header la, macam mana nak buat scroll box la..macam mana nak nampak muda macam aish la..ok tu tipu. hehe. so appreciate sangat sebab bertanya. 

but sometimes ada certain thing yang buat aku rasa macam taknak ajar. haha. jahatkan aku? dengar la dulu reason aku. jangan tuduh aku sebegitu. sedih hati ni. pilu. :p sebabnya adalah :

  • benda yang dia tanya tu, dah ada dalam tutorial aku. dah terpampang menu tab TUTORIAL. lagi mau tanya? aiyoo
  • kot ye pun ghairah nak belajar, sebelum tanya tu, bagi la salam dulu. kenalkan diri, blogger mana, ni tak. terus terjah "camne buat footer?" wah ayat kau..teperanjat boboy! berbahasa la sikit sayang. 
  • kadang kadang dia tanya soalan dekat shoutbox, aku nak jejak balik tak boleh sebab tak letak link blog. aiyak..jadi hiasan jela pertanyaan korang tu. 

lagi satu, tak salah bertanya. tak tanya sesat jalan. tapi apa kata usaha dulu. try dulu buat. tak faham baru tanya. ok. sama sama la belajar. 


p/s - aku juga punya hati dan perasaan. haha pehal lak ni?

Blogger yang bekerjaya dan fulltime online business. Jangan lupa add saya di FB dan follow saya di Instagram. Hubungi 0126716961 untuk sebarang pertanyaan mengenai Shaklee

Kongsikan artikel ini di :