JOM SERANG COCONUT SHAKE DEKAT MELAKA! BEST OOH

Tags

Salam kawan kawan!
kembali ke segmen mentekadarah bersama aish! udah udah ler buang tebiat tu. T____T ok hari ni nak cerita satu tempat makan yang best. kalau sapa sapa yang dah pergi atau umah korang bersebelahan la plak dengan tempat makan ni kira memang best ah korang. kira boleh mentekedarah ari ari ah korang. sebab tempat ni memang best, sedap giler sampai menjilat meja. 

COCONUT SHAKE, PANTAI KLEBANG, MELAKA

sory ah kamera pun pakai kamera enset je. gambar pun cap ayam je ah.

kalau korang nak datang sini, korang pergi Melaka, pergi pantai Klebang. Senang citer korang google maps je ah sebab tempat ni memang glemer. dekat GPS enset abang ipar aku pun ada kuar kot tempat ni under kategory tempat makan popular melaka. dasyat uhh

Apa yang bestnya Coconut Shake ni?


tempat ni sempoi gile gak la. makanan bukan western mana pun. tukang jual pun ilek je brother-brother muda. Coconut Shake ni yang aku tau ah ingredient dia yang aku tengok brother ni campak campak dalam blender tu adalah air kelapa, isi kelapa, aiskrim vanilla Walls, dengan kiub ais. kira macam ice blended perisa kelapa la kan. nasib baik ah sabut kelapa korang tak blend skalikkk

 

yang bestnya owner kedai ni guna aiskrim Walls okay. memang lemak berkrim disukai ramai aahh. harga pun memang murah giler. satu cawan tu baru RM1.80 kalau tak silap aku. ala gambar blur. mintak maap la. tunggu aku beli DSLR esok aku zoom kasi pecah. 


 pukul berapa bukak pukul berapa tutup? 

so nak bagutahu tempat ni kalau korang nak datang ia dibuka pada pukul 12 tengahari sampai ah larut petang. tapi selalunya kalau aku sampai pukul 6 memang dah sold out. siap brother tu tayang banner tulis "Coconut shake habis" giler ah.

orang ramai memang toksah kata ah. kalau nak tapau kene beratur panjang macam orang nak cucuk duit kat mesin atm masa hari gaji la pulekss.. seyes nih. jadi aku advisekan korang kalau nak serang tempat ni sebelum pukul 6 petang. kalau tak..nanti habis korang gak kempunan. 

bye!


Blogger yang bekerjaya dan fulltime online business. Jangan lupa add saya di FB dan follow saya di Instagram. Hubungi 0126716961 untuk sebarang pertanyaan mengenai Shaklee

Kongsikan artikel ini di :