OI LELAKI, PERGI TUKAR JANTINA LA!

tadi aku balik kerja naik KTM. sesak tu perkara biasa. orang kata naik KTM macam masuk tin sardin. okeh tu aku tak kisah sangat. aku berhimpit masuk train. ladies coach penuh lak. aku tahu kenapa. mesti gadis gadis semua takut kena raba dengan lelaki gila seks. kuakuakua. 

aku masuk je dalam train, pergh semua seat lelaki yang duduk. yang berdiri semua perempuan. ada yang pegang anak, ada yang macam tak makan setahun, terdodong sana sini, yang lelaki pulak, ganteng ganteng gitu. sasa sasa. ilek buat muka tak bersalah duduk sambil dengar walkman, baca paper.

pastu ada la satu perempuan ni. tak sampai hati agaknya tengok seorang ibu terhuyung hayang dukung anak dia, so dia pun bangun and dia bagi la perempuan tu duduk. bagusnya. ada jugak yang berperikemanusiaan. tapi kaum perempuan la..kaum lelaki? pandang je.... pergh..busit betul. 

tibe tibe PP Epal call. aku pun apa lagi. 

PP Epal : kamu, kat mana?
Aish : dalam train. sesak ni. penat berdiri. (sambil kuatkan suara)
PP Epal : yeke, kalau kita dengan kamu naik train, seat ada satu je kosong, kita nak duduk ke atau kamu yang nak duduk?
Aish : mesti la kita. kamu kan LELAKI! cukup kudrat. bagi la perempuan duduk. (sambil tinggikan suara dalam train)

ending nya, lelaki yang duduk senang lenang tu, mula tak senang duduk. nape bang? panas ke kena perli? korang patut pergi tukar jantina lagi baik la aku rasa. 



Previous
Next Post »