5 'PERTAMA KALI' DALAM HIDUP

Tags

tengah teringat ingat char kuew teow petang petang ni, tiba tiba aku ingat 5 perkara yang pertama kali jadi dalam hidup aku. aku pun tak faham apa kene mengena char kuew teow dengan entry ni. mungkin sebab aku taknak ingat sangat bentuk makanan feveret time perut aku tengah berdendang tora ni, so thats why aku kena pikir benda lain pulak. 

pertama kali dalam hidop aku...

1. kena sepak terajang dengan sorang lelaki dayus pada tahun 2006. mak ayah dia nangis nangis supaya aku tak buat report polis sebab mendera fizikal aku depan rumah sewa pukul 5 pagi gara gara cemburu babi buta. dah babi, buta pulak tu. 

2. simen kaki sebab crack dari buku lali sampai betis akibat kemalangan jalan raya sebab naik motor dekat hiway. terduduk atas hiway sikit lagi kene gilis lori. fuh nasib hidup lagi. kuku kaki habis semua tercabut. kelakar tengok jari takde kuku. tinggal daging je pink pink. ngeri ?

3. jejak kaki di kota London pada tahun 2006 dan France, Italy dan Switzerland pada tahun 2011. Mac haritu.

4. menitis air mata masa nyanyi lagu UiTM di hatiku time konvokesyen sebab masa tu rasa happy gila dapat gak habiskan study walaupun banyak ponteng kelas lepas tu suka tangguh assighment

5. repeat satu paper sebab bergaduh dengan lecturer pasal lecturer tu dengki tak nak bagi markah tutorial. salah aku gak sebab suka ponteng kelas dia. tapi dia pun bersalah sebab dia ajar tak best. haha. 

nama pun pertama kali. memang tragis dan meninggalkan kesan dekat hati pink aku ni. tapi the past makes you stronger and more able to deal with similar scenarios in future. satu hari nanti, kita akan ingat balik semua benda 'pertama kali' ni dan senyum. Coz you will have only consciously remembered the happy memories.

waaa jam baru pukul 5 petang. lambatnya nak berbuka. ok bye.

lupa lak lagi satu. pertama kali aku mimpi basah. entry tu aku malas nak tag. haha malu. 



Blogger yang bekerjaya dan fulltime online business. Jangan lupa add saya di FB dan follow saya di Instagram. Hubungi 0126716961 untuk sebarang pertanyaan mengenai Shaklee

Kongsikan artikel ini di :