AWAK, LAGI BAGUS KALAU AWAK BERSEDIH ATAS DOSA DOSA AWAK

Tags

Salam. hai awak. hehe

awak awak, jadi kuat sikit ye. tabah sikit bila putus cinta.

hari tu kan aku pernah membebel pasal budak budak sekolah yang bersedih hati, frust menonggeng sebab putus cinta nih. kesian kan? nak buat macam mana, anggap je tak ada jodoh. lagi pun korang masih belajar lagi kan kan kan? kalau kapel sekarang, tak semestinya dia akan jadi suami korang satu hari nanti.

tak perlu nak sedih sangat lah. orang lain putus tunang, boleh rilek je. korang yang masih belajar ni, putus cinta, ugut taknak belajar, protes, hukum diri sendiri. for what? zaman persekolahan memang sweet ah kalau ada kapel. tapi percaya la, bila korang dah besar nanti, baru korang menyesal abaikan pelajaran korang sebab seorang lelaki.

untuk awak awak semua..

jangan sedih kalau putus cinta zaman persekolahan ni. tapi alangkah bagusnya kalau awak bersedih atas dosa dosa yang awak lakukan. awak nak jumpa pakwe punya pasal, awak sanggup tipu mak ayah awak konon nak pergi kelas tambahan. awak nak pakai duit nak dating punya pasal, sanggup tipu mak ayah awak kata nak beli buku. 

damn. awak, daripada awak tangisi hubungan awak dengan kapel awak yang tak kesampaian tu, lebih baik awak sedih dengan dosa dosa awak tu.

Blogger yang bekerjaya dan fulltime online business. Jangan lupa add saya di FB dan follow saya di Instagram. Hubungi 0126716961 untuk sebarang pertanyaan mengenai Shaklee

Kongsikan artikel ini di :