MAJULAH PAK GUARD UITM UNTUK NEGARA

Assalamualaikum..

 pakcik, senyum sokmo!


Siapa antara korang yang pernah belajar di asrama, kolej atau universiti dan selalu kena attack dengan Pak Guard? Sila angkat tangan macam sayyaa..Ni yang nak dok story macam mana Pak Guard boleh meninggalkan kesan sentap mendalam di jiwa kebanyakan students termasuk aku. 

Memang pak guard ini kategori suka mencari kesalahan orang. Especially yang buncit-buncit, yang misai tebal, ha yang itu memang selalunya dicop Pak Guard Kerek. Tak pun Mak Guard yang muka ala-ala Mak Cik Jenab. Itu pun kadang-kadang memang suka cari kesalahan students. sangat membencikan.

Flashback balik macam mana Pak Guard sound aku dulu masa kat universiti. 


.......


Hari itu hari minggu. Kaki dah gatal nak outing. Duduk hostel je mana boleh tahan. Lainlah kalau warden asrama ni Asyraf Muslim ke kan. Memang aku setia duduk kat hostel tu setiap saat lahh kan. Tapi ni tak. Warden pun muka garang jugak. Jadi hujung minggu mesti nak outing berhappy happyan.

Bila fikir pasal outing, kadang-kadang yang melemahkan semangat adalah..pakaian apa yang kita nak pakai so that bila kita lalu saja dekat pondok pak guard tu kita tidak akan kena saman. Baju kurung? Agaklah nak outing pergi pekan naik bas pakai baju kurung kan. Masa tu aku belum pakai kereta lagi. Itu masalahnya. Sebab kalau naik kereta, pakai lengan panjang skirt pendek pun boleh lepas. taktik tu semua dalam poket aku je. haha

Tapi aku kena menapak. Kena harung pondok Pak Guard yang muka masing-masing memang KETAT makan makan jamu dara. Tangan pula dah ready pegang buku saman sampai aku rasa nak patah balik je. So tu ah yang melemahkan semangat nak keluar outing. 

Suatu hari tu, aku pun outing pakai baju kolej. (baju kolej okay..dah tentulah lengan panjang dan labuh paras punggung) Masa dup dap dup dap jalan tu, tiba-tiba suara garau yang memang aku kenal dok panggil-panggil aku.  

Cik Aish : Ya, encik ada apa? (buat buat la tanya dengan penuh kesopanan) 
Pak Guard : Sila masuk pondok guard sekejap. 
Cik Aish : (haish, nahas nahas)
Pak Guard : Kamu rasa kenapa saya panggil kamu?
Cik Aish : Tak tahu, encik. (pak guard ni pehal?)
Pak Guard : Kamu pergi berdiri depan cermin. Tengok baju kamu tu rasa-rasanya lepas tak?
Cik Aish : Saya rasa lepas, encik. (wahh berani kau menjawab yea..mana datang tah kekuatan ituuu)
Pak Guard : Lepas? kan pendek tu. kau takde cermin ke kat hostel tu?
Cik Aish : (posing-posing depan cermin sambil berkerut memikirkan tang mana yang pendek. Baju ni paras punggung kot) 
*cermin tu ada encik, tapi cermin dah retak sebab hari hari belek baju lepas ke tak sebelum pergi kelas (nak aje menjawab masa tu huhu tapi aku tahan)

Ending story.. 
Dapat surat saman. 
Arrgghh aku sayang gila kat Pak Guard. Sepanjang aku belajar kat sana, tak terkira saman aku. Kadang-kadang rasa nak bogel je lalu depan Pak Guard tu baru tak kena saman kot. sangat membencikan. tapi sebenarnya, pak guard ni la yang meninggalkan sweet memory pada student student macam aku ni. pak guard! i mis u lah! 


Photobucket
sedey ai tau acik kena saman je dekat UiTm dulu..


"Majulah Pak Guard untuk negara."







Previous
Next Post »

16 komen

Write komen
LALABIELA
AUTHOR
July 21, 2011 at 8:26 PM delete

hikhikhik.. sangat lawak.. pak guard memang kaki kepochi.. dia yang over..hihi

Reply
avatar
ezy.fia
AUTHOR
July 21, 2011 at 8:42 PM delete

eh kene jgk?
ingtkn pkai baju kolej xkene dh..
ekeke..
pak guard garang ngalahkn warden..
haha

Reply
avatar
khadijah
AUTHOR
July 21, 2011 at 8:43 PM delete

haa.. kelakar kan, pakguard memang macam kerenah tau, kadang kadang diaorang agaknye terlampau la bosan, sampai nak cari kesalhan orang je kan, walaupun tak salah.hee

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
July 21, 2011 at 8:48 PM delete

@Nabila Huda ye lorrr...tp takpela..kenangan manis masa belaja..ahaks

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
July 21, 2011 at 8:48 PM delete

@Cik Ezy keneee..tu ah tak faham..nak menjawab kang, takut dpt dua surat saman..diam kan aje lah. haish

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
July 21, 2011 at 8:49 PM delete

@khadijah dorang ni da salah matlamat..hahaha

Reply
avatar
iPai
AUTHOR
July 21, 2011 at 9:45 PM delete

pak guard tempat saya baik2 .. tp sgt kerek bila nak abes sem, hari2 buat roadbloack .. uhuhuh

Reply
avatar
najihahfara
AUTHOR
July 21, 2011 at 10:43 PM delete

pak guard uitm mmg camtu ye

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
July 21, 2011 at 11:04 PM delete

eza tak penah kena saman lagi..pak guard kitorang sini tak berapa strict kot... hehe..

Reply
avatar
July 22, 2011 at 2:25 AM delete

comel je bercerita psl pak guard. sweet memory sungguh:)

Reply
avatar
Marya Hana
AUTHOR
July 22, 2011 at 10:29 AM delete

haha tu lah cabarannya jadi budak uitm di hatiku kan..?
haha. setakat ni i xpernah lagi kena saman. selalu gak masok kolej lambat, lepas pukul 11. alasannya x abes2..

"saya ada shooting pakcik..". then buat2 peramah..

"pakcik dah makan..? "


hahahahha.

Reply
avatar
Cikgu Abah
AUTHOR
July 22, 2011 at 11:24 AM delete

adakah semua guard di IPT same..
kat UTM lebih kurang je...tau saman pelajar je...tp hari2 motor hilang..
ape ke jadah nye...hehehe..

Reply
avatar
ieza ashaari
AUTHOR
July 22, 2011 at 1:33 PM delete

kahkahkah.. pelik r pak guard tue kdg2.. cm tak der keje lain..

Reply
avatar
Cik Bambam
AUTHOR
July 22, 2011 at 2:30 PM delete

pak gurd UUM selalu sama parking jek.. keekkekek.. sebab bab attitude pakaian semua org kat UUM kan formal..so xde masalah.. hehehe

Reply
avatar
July 23, 2011 at 12:16 AM delete

hahhaa..mish tak belajar uitm. so xde kes saman. hehe..

Reply
avatar
myzziema
AUTHOR
July 26, 2011 at 6:33 PM delete

hahaha gila lah pak guard! tak penah lah pulak kena saman dekat puncak alam dulu. dorang sume pun lek2 je pakai baju pape sebab kalau nak outing sume naik rapid KL dekat depan kolej. pondok jaga mmg jauh nun kat bawah. so kalau rapid kl lalu depan pndok jaga, takde lah pulak dorang check pakain kitorang. heee~

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...