Apa masalah website ni sebenarnya?

kali ni aku agak serius. mood pun tak berapa baik. pastu lagi ah angin dengan sistem upu.mohe sekarang yang macam baru semalam belajar create website. macam macam masalah. macam mana nak apply DPLI kalau tiap kali nak log in permohonan, asik failed je. 


masalah pertama yang aku hadapi semalam


tiap kali aku masuk kata laluan dan confirmkan balik kata laluan, mesti error. so aku call helpline upu.mohe untuk kepastian. belum bagitahu lagi dorang dah tahu apa masalah aku. dorang kata sistem tengah bermasalah sekarang. memang semua orang hadapi masalah yang sama. error tiap kali nak masuk kata laluan.


so aku lega ah. ingatkan no pin yang aku beli kat bsn tak valid ke hape ke kan. penat tuh tunggu giliran kat bank semalam. 





masalah kedua yang aku hadapi harini


masalah kata laluan error tu dah settle. aku dah boleh log in ke permohonan. so aku pun isi detail aku. tiba tiba tengah syok mengisi detail aku sume, tiba tibe error lagi. page permohonan tu hilang dan terus bertukar ke page kata laluan yang mula mula tadi. 



penat weh aku dah isi banyak dah tadi borang tuh.




aku sabar lagi. aku taip balik ic number dengan kata laluan. pastu masalah ketiga lak.


kod verification lak tak kuar. aku nak verify menatang apa sekarang ni? 



so endingnya..dah 3 hari aku beli no pin untuk permohonan DPLI. tapi sampai sekarang masih belum boleh lagi nak isi borang permohonan kat website upu.mohe tu. tarikh tutup dah 14hb. aku nak siapkan cepat. minggu depan aku takde kat malaysia ni. ada hal. Ya Allah Kau permudahkan lah urusan ku dan berkatilah niat suci aku nak jadi warga pendidik ni. amin.


Previous
Next Post »

3 komen

Write komen
Gimi
AUTHOR
March 2, 2011 at 5:04 PM delete

Sabau je..klu isi ptptn lagi tensen..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 2, 2011 at 6:48 PM delete

amin,semoga dimudahkan segala urusan.goodlucksss bakal cekgu! hee;D

Reply
avatar
March 3, 2011 at 8:18 PM delete

setiap apa yang kita lakukan, pasti ada ujiannya... sama ada kita sedar ataupun tidak je...
bersabar ye...
semoga dapat selesaikan semua masalah kamu...
(n_n)

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...