KEADAAN kelam-kabut berlaku pada penghujung tempoh bayaran saman tarik berdiskaun yang sepatutnya tamat Isnin lepas. Ramai merungut kerana kaunter-kaunter terlibat sesak. Bayaran menerusi online juga bermasalah pada saat-saat akhir. Akibatnya ramai yang gagal menjelaskannya dalam tempoh berdiskaun itu.
Sekali lagi kerajaan tampil membuka ruang, melanjutkan sehingga 10 Mac ini, dengan harapan pesalah lalu lintas dapat menikmati diskaun 50 peratus ketika menjelaskan saman mereka. Orang ramai khususnya yang tidak sempat membayar saman trafik bulan lepas, sewajarnya berterima kasih ekoran sikap prihatin kerajaan dalam mendengar rintihan dan keluh kesah mereka yang terlibat.
Sebenarnya lanjutan tempoh bayaran saman trafik kali ini adalah yang kedua diberikan oleh pihak berkuasa. Tempoh menjelaskan saman tertunggak dilanjutkan sejak Ogos tahun lepas lagi.
Jika kelonggaran yang ditawarkan ini digunakan sebaik mungkin, Awang percaya ia pasti memanfaatkan orang ramai. Namun pada masa yang sama, orang ramai perlu belajar bahawa tabiat bertangguh kerja amat tidak menguntungkan. Jangan terlalu mengambil mudah dalam semua perkara.
sumber : utusan online
so mana yang gagal menjelaskan saman, atau kata lainnya masih degil lagi nak bayar, nah, korang ada masa lagi sampai 10 Mac untuk langsaikan. ingat! bayar awal. jangan tunggu last minit. pastu aku nak bagi tips sikit, bawak bawak la air pepsi ke cekedis cekedis ke boleh gak kudap kudap time beratur panjang nanti.
haha
moralnya.. pandu lah dengan berhemah
1 komen:
Write komennsb baek xde saman..
Replyhee
Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon