Cara psikologi ajar kanak kanak jangan buang sampah merata rata

Baiklah ibu ibu bapak bapak siapa yang punya anak... ah sudah ternyanyi lah pulak kan. ok. tak kelakar. kali ni nak cerita macam mana mak aku dulu guna cara psikologi untuk didik aku supaya tak buang sampah merata rata. maklum ah tangan kiri pegang askem paddle pop, tangan kanan pegang keropok mami. tu belum bab dalam mulut lagi penuh dengan lolipop. semua tu penyumbang sampah. plastik sana sini. kan?


*buruk bebenau rupanya. buruk makan budak ni. sapa la kan?*


jadi mak aku didik aku jangan buang sampah merata rata. masa tu aku ingat lagi aku dalam kereta dengan mak nak pergi somewhere. jalan jalan cari makan kot. makan lagi?? ok. lepastu aku bukak tingkap kereta nak buang plastik keropok. mak aku cakap apa tau..


"Aish, nak buang ke plastik mamee tu? sian dia. nangis dia aish nak buang dia tepi jalan sorang sorang kena langgar kereta. nanti dia panggil aish. aish aish, jangan lah buang saya. nangis sampah tu. tak sian?"


aku masa tu umur 5 tahun ke 6 tahun rasanya. bila dengar cerita mak aku tu, terus aku sedih. rasa sian kat sampah tu nak buang merata rata. aku pun cancel niat nak buang sampah tu luar tingkap. simpan sampah tu sampai la kitorang jumpa tong sampah. 


mak kata tong sampah tu rumah dia. jom hantar dia balik rumah. aku pun eksaited. so sampai ah sekarang aku rasa sian nak buang sampah merata rata. macam terngiang ngiang sampah tu jerit nama aku. wakaka. kelaka ah pulak kan. kalau ada pape plastik sampah, aku simpan je dalam handbag. sampai jumpa tong sampah. dah terdidik macam tu.


terima kasih mak. 


Previous
Next Post »

4 komen

Write komen
March 24, 2011 at 2:58 AM delete

sangat saiko...meruntum jiwa bace ni..hahhaa..^_^

Reply
avatar
ezy.fia
AUTHOR
March 24, 2011 at 12:54 PM delete

ekeke..
mmg psikologi yg bgos..

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
March 24, 2011 at 2:00 PM delete

Taufan : haha tau takpe..psiko kan..rasa sampai skng
Cik Ezy : tula..bgs mak mak dulu..hehe

Reply
avatar
Inibelongeqa
AUTHOR
March 27, 2011 at 1:32 AM delete

huhuhu~ bagus cara tu , qa setuju .. (:

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...