"Contest Story Mory Sob..Sob..by Pieyaris"

ads
macam biasa..klik gambar untuk join contest ni



Aku ada kenal sorang lelaki ni. lelaki ni suka kat aku. aku tau tu. tapi aku tak terbukak hati lagi nak terima dia. makan hati sebelum ni. cakap pasal dia. panggil dia ajib (nama samaran) dia gila sweet. tinggi dari aku. sedap gak mata mata memandang. baik tu wallah hualam. baik ada banyak maksud kan. tapi yang aku nak tegaskan kat sini, dia seorang yang respect perempuan. membuatkan aku percaya kat dia. aku senang dengan cara dia. 


since masing masing single maut masa tu, kitorang pun jadi rapat. dia jenis cool bila aku marah marah membebel bebel bagai nak rak. lepas aku habis marah, mesti dia tanya.."marah lagi ke? mwah" masa tu aku sentap gak ah. bukan sentap pasal apa tapi aku suka cara dia. penyabar. dan sangat ah bertentangan macam langit dengan bumi dengan perangai aku. tapi bukan ke tuhan ciptakan pasangan yang saling melengkapi? eh eh eh apa aku mengarut. masa tu aku mula rasa macam syok kat dia. aku dah jatuh cinta dengan dia. damn!


lama lama kitorang makin sayang each other. dia memang sayang aku dari dulu. tapi aku ar yang baru nak sayang dia. kitorang selalu ah lepak sama sama. kadang kadang lepak tepi longkang pun jadi sambil buat duit bentuk love. kitorang perlukan satu sama lain. tapi masing masing belum rasa nak terus terang lagi. biarlah masa menentukan. dia pun tak halang aku kawan dengan mana mana lelaki. aku pun tak kisah kalau dia nak keluar dengan mana mana perempuan. sebab kitorang memang percaya diri masing masing camne. 


walaupun kitorang belum declare lagi, tapi masing masing faham yang one of us takkan betray trust yang kitorang bina. so kitorang memang bahagia. walaupun atas nama sahabat. yang paling aku sentap dengan dia, dia selalu ingatkan pasal solat. ye ah aku kan free hair. dia macam nak bimbing aku. Alhamdulillah. bak kata orang nak tegur biar kena caranya. dan dia memang pandai bentuk aku jadi perempuan solehah. sampai lah aku rasa macam aku takut sangat hilang dia. dia tak pernah amik kesempatan kat aku. pegang tangan pun tak pernah. tu yang buat aku sentap sangat sangat. so aku makin sayang kat dia sampai tahap nak dia jadi teman hidup aku. mungkin dah sampai masa untuk buang title single maut tuh. 


masa tu tak ingat apa lagi dah. rasa macam nak panggil sayang, abang, ayang, dan seangkatan dengan nye. tak kira dah walau segeli mana sekali pun. yang penting aku dah terbukak hati nak sambut sayang dia kat aku yang selama ni belum pernah aku balas. sian kat dia menunggu aku. minggu depan hari jadi dia. aku eksaited buat kad hari jadi dia. tak suka ah beli beli ni. buat sendiri lebih bermakna. lagi tinggi nilainya. aku print out ah gambar yang kitorang pernah snap sama sama dulu. tampal dalam kad besday dia. kasi dia tacing skit ah. 


so semalam aku pun jumpa dia. selalunya tiap kali nak jumpa, dia mesti datang turun tempat aku. dia kata tak kisah nak drive jauh jauh untuk jumpa aku. tapi semalam ntah nape aku msg dia kata biar aku yang turun kali ni. konon nak tambah lagi mood tacing untuk dia. gua sayang sangat kat lu! tepat jam 11 pagi, aku pun gerak dari rumah. handbag aku penuh dengan hadiah befday dia. aku nak bagi dia kasut baby. sebab nanti aku nak bagi dia sebelah, aku simpan sebelah pastu sama sama sarungkan kat anak kitorang nanti. pastu kat tangan aku ada kad hari jadi dia. besar gak ah. so tak muat masuk handbag. biar ah orang nak pandang. yang penting hari tu akan jadi hari bersejarah aku dan dia. aku nak sambut cinta dia. aku taknak selama lamanya menjadi sahabat. aku nak jadi miliknya. 


sampai je stesen keretapi, aku tunggu dia datang. pastu dia pun sampai sambil park kereta seberang jalan. aku pun lintas. ada lak motor rempit himpit aku tengah tengah jalan tu. cilakak. melayang ah kad harijadi yang aku buat tuh. masa aku nak amik tu... aku tak perasan ada kereta laju terus langgar aku. darah memancut kuar dari mulut. aku tak rasa pape masa tu. tapi yang aku tahu, badan aku dah seram sejuk. aku cuma nampak ajib depan aku sambil jerit jerit suruh aku bangun. kat tangan aku ada lagi kad harijadi tu. memang aku genggam tak lepas. kasut baby yang aku beli tu pulak aku tak tahu terpelanting mana. pandangan aku makin gelap. ajib terus meraung jerit jangan tinggalkan dia........


tapi aku tetap kena pergi juga..
aku doakan yang terbaik untuk ajib. walaupun kitorang tak dapat bersama, aku pernah rasa bahagia. itu dah cukup. 


ajib...i love you. walaupun terlambat untuk aku ucapkan.....maafkan aku kerana meninggalkan kau. semua ni kehendak Dia yang Maha Esa. Sampai sini je perjalanan kisah cinta kitorang. bukan sehari atau sebulan tak bertemu, tapi selamanya.........................

sekian.
Previous
Next Post »

2 komen

Write komen
March 3, 2011 at 8:08 PM delete

uh... meremang bulu roma bila baca...
nice dan sedih jugak...

Reply
avatar
pieyaris
AUTHOR
March 4, 2011 at 2:49 PM delete

received it!!!

thanks 4 joining..

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...