Sombong punya perempuan!!!

masa aku menaip ni aku dah tak marah dah. dah cool. tadi aku marah sangat sangat kat sorang perempuan sombong ni. dia meniaga. jual nasi lemak. aku breakfast kat situ. nak tapau macam dah tak sanggup tunggu. makan sana je ah. aku pun order. 


nasi lemak biasa 1
nasi lemak buh telur mata 1
air limau suam 2


lekkk lu..bukan aku sorang makan tau. aku dengan mak aku. ah korang saja je ingat aku mentekedarah banyak banyak kan? benci tau. so masa order dah buat muka sombong. aku sabar lagi. peyed agaknya pompuan ni.


nasi lemak mak aku dah sampai. nasi aku lum sampai lagi. 15 minit gak ah tunggu. perut aku dah pasang radio gila kuat tahap tak ingat. aku sabar lagi. last last aku dapat gak nasi aku. telur mata dah macam telur apa aku tak tahu nak kata. serupa tak goreng. berair dan mentah. aku sabar lagi. 


"dik, nak bayar."
"RM7.8."


mak aku pun bayar. bila aku tanya mak aku berapa, mak aku jawab ah RM7.8. aku dah bengang dah. makan apa sampai RM7.80? aku tak puas hati. aku pergi dapatkan akak sombong servis lembab gile tu tanya berapa harga SETIAP makanan yang aku makan tadi. 


endingnya, dia memang salah kira. semua sekali RM6.80. Pastu dia suruh member dia pulangkan singgit kat aku. pastu dia leh cakap apa kat aku..


"singgit je pon!!!"


aku dah malas nak tarik rambut dia. aku belah muka mencuka. seringgit pun duit jugak. dan apa yang aku tak puas hati kat pompuan jual nasi lemak ni adalah :


1. servis lembab tahap siput babi. siput lagi laju ah dari kau pompuan!
2. tanya order macam kau jual jongkong emas. kerek betul ah. 
3. kau salah kira. aku leh maafkan lagi mungkin kau dulu suka ponteng kelas matematik.
4. kau boleh jerit kat aku "singgit je pon!!!" 
5. balik rumah baru aku congak congak........

nasi lemak biasa RM1.50
nasi lemak telur mata RM2.50
so baru RM4? RM2.8 air limau suam? takkan segelas kecik limau suam harga RM1.40? 


LOL

ni bukan kl kak nak jual air limau suam mahal mahal. ni seremban je kak. takpelah kak. saya tahu akak dulu tak belajar tinggi tinggi. saya tak de niat nak hina akak. sebab tu akak tak tahu apa itu istilah Customer Always Right. dan mungkin akak memang suka tengking tengking customer. dan lagi satu akak, walaupun saya tak jual nasi lemak, tapi saya hargai nilai duit seringgit tu. 


Previous
Next Post »

10 komen

Write komen
Anonymous
AUTHOR
March 8, 2011 at 3:47 PM delete

haish pe dah..emm kan betul saya tulis kelmrin zaman skrg summe mo tipu maa..

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
March 8, 2011 at 3:49 PM delete

cik aish... duk semban ke?? semban kt mne?? kedai 2 kt mne??

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
March 8, 2011 at 3:53 PM delete

nape tak letak gamba pompuan tu aish? nak tgk jugak mcmne ayunya dia.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 8, 2011 at 3:55 PM delete

turut geram ngan entrinie.kalau rm1 kumpul2 jadi banyak mmg tolol.hikhik

Reply
avatar
Shiqin Zainal
AUTHOR
March 8, 2011 at 4:30 PM delete

woww ! lex2. jgn marah2.
klu shqn dh lme blah servis cm siput.tambah pulak g ngn mak, lagi lah jnis panas hati.
mau kne pelangkung.
ngehh3 !

joom kongsi pengalaman bila kena saket cm ni...

http://shiqinzainal.blogspot.com/2011/03/saket-wanita-lelaki-kena-amek-tahu.html

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
March 8, 2011 at 4:43 PM delete

@Uchi kay-f @hmad : tu la..apa la nasib sy hari ni..sob sob
@q i :aah kt stay seremban..makan kat stadium td.tobat nak jejak lagi. dasarrrr..hehe
@leyzajamil : tak ayu pun. ayu lagi mak kita. bahaha
@wan nurul hezrina abd halim :tau tkpe.mcm iklan churpchurp..satu klik pun amat bermakna walaupun 20sen.haha
@shiqin : tu la..mula2 sabar lgi..part ending tu dah tkleh sbr dah.

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
March 8, 2011 at 5:08 PM delete

yeker... laa seremban kt mne cik aish duduk...

Reply
avatar
March 8, 2011 at 6:43 PM delete

gilak mahal air limau suam die...

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
March 8, 2011 at 8:38 PM delete

@qi : kat paroi..awak org seremban gak ke? haha..
@beautiful_rose : tau takpe!!!!!

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
March 8, 2011 at 9:41 PM delete

aah kt semban gak.. owg paroi gak kt kg sentosa tau???

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...