SIAPA KITA UNTUK DEMAND HIDUP YANG SUCI DARI MASALAH?

Tags

secara jujurnya, aku seorang yang kuat menangis. hati aku sangat fragile. sepanjang hidup aku ni, aku menghadapi banyak kesusahan, kegagalan, baik dari segi hubungan dengan kawan kawan, mahu pun percintaan. namun aku cuba untuk tabah. 

siapalah aku untuk melawan segala ketentuan Tuhan kan?

namun di alam realiti, aku lebih suka berdiam diri. kesusahan yang aku hadapi sebelum ni menjadikan aku seorang pemendam maha hebat. bagi aku, lebih baik pendamkan saja dari meluahkan. kadang kadang aku risau kalau kalau hati aku ni meletus macam gunung berapi. T__T

sebab aku percaya, tempat paling sesuai untuk aku luahkan adalah pada yang Esa. aku ingat lagi kawan aku di alam maya ni, pernah nasihatkan aku, sekiranya kita bersedih, dan menangis, menangis lah ketika kau menghadapNya. ketika solat. ketika menadah tangan memohon Dia berikan kau kekuatan. 

betapa setiap hari, aku mengharapkan supaya hari aku ceria. aku berharap sangat keluarga, kawan kawan, dan si dia, tidak mengkhabarkan berita yang buatkan aku sedih. aku selalu berdoa, kalau ada yang membenci, jangan la ajak orang lain untuk bencikan aku. 

setiap hari bila aku bukak blog, aku mengharapkan tak ada komen komen anon yang boleh menyakitkan hati aku. tiap kali aku bukak facebook, aku mengharapkan tidak mendapat komen atau mesej yang buat aku terluka. kan bagus kalau hidup ni macam tu. 

tapi siapalah kita untuk menentukan perjalanan hidup ni sentiasa ceria. kan? 

aku bersyukur sebab bila banyak ujian yang aku tanggung, satu perkara yang buat aku terfikir, kesakitan tu lah yang akan mengajar aku tentang hidup ni. sekurang kurangnya aku jadi manusia yang reti bersyukur. 

really..pengalaman lepas really taught me so many harsh lesson..aku dah serik. now and forever..I refuse to be taken advantage of. aku sayang semua orang..i try to be nice dengan semua orang..But if someone tries to fool me, I won't let it happen anymore...

Blogger yang bekerjaya dan fulltime online business. Jangan lupa add saya di FB dan follow saya di Instagram. Hubungi 0126716961 untuk sebarang pertanyaan mengenai Shaklee

Kongsikan artikel ini di :