YOU TETAP MACHO WALAUPUN YOU MAIN BUNGA API JE

Tags


 
sempena bulan puasa ni aku nak bagi korang sedar sikit betapa bahayanya main mercun especially mercun bola ye adik adik. kalau tengok dekat paper, dekat telepisyen, corong corong radio, most of the case melibatkan mercun bola. yup. mercun bola paling bahaya. sebab sumbu dia pendek. 

macam aku, aku sendiri main mercun gak. pastu mesti kena marah dengan ayah sebab buat bising. pernah sekali tu, bakar thunderclap, tiba tiba dia menyerong masuk perkarangan rumah. nasib baik tak masuk rumah. lepas tu aku pun serik la nak bakar ke atas, tapi aku tanam dalam tanah. bunyi nya toksah cakap la. kebabom. 

sebenarnya mercun memang bahaya. tak kira lah kau main mercun bola ke, mercun meriam ke, malang tu kan ke tak berbau. bau hangit meletop kat jari korang ada la. huish. mintak dijauhkan. kadang kadang main pop pop pun boleh putus jari. nama pun malang tak berbau kan? ada ke dalam mana mana akta kata, mercun bola saja yang boleh buat jari putus? tak de kan? 


entry ni aku pun tak tahu apa motipnya. nak kata aku nak nasihat korang jangan main mercun, aku sendiri main mercun. ingat lagi dulu masa study, on the way nak balik kampung, aku bawak mercun gila banyak tapi takut kena tahan dekat roadblok, aku simpan mercun tu dalam baldi baju baju kotor. takkan polis nak check kan? mesti abang abang polis tak mahu dituduh sebagai gila seks kan? yelah, sebab gatal selongkar baju kecik ai tu. hehe.


so dari main mercun baik korang tengok telepisyen ke, baca novel ke, sambil menikmati karipap moreh, Siap, korang boleh landing dengan gaya kuak lentang, gaya mengiring maut ataupun meniarap ala-ala baby lagi. Pergh!!!! Best giler!!!! tayah nak berasap sangat lah dengan mercun tu kan.
oklah. raya nak dekat, jom la bagi kad raya kat blogger yang korang suka, sambil tu boleh promote blog korang jugak. klik sini

Blogger yang bekerjaya dan fulltime online business. Jangan lupa add saya di FB dan follow saya di Instagram. Hubungi 0126716961 untuk sebarang pertanyaan mengenai Shaklee

Kongsikan artikel ini di :