PP EPAL KELUAR DENGAN PEREMPUAN LAIN..EM

Semalam masa aku pergi bazar ramadhan, aku terjumpa PP Epal. aku mula mula eksaited sebab eh dia pun ada kat sini! boleh la mintak dia belanja ayam percik! lalala. tapi masa aku on the way nak dapatkan dia, ada pulak sorang perempuan datang kat dia. pegang tangan dia. ewah sentap aku tengok.

aku pergi dapatkan dia. tak kira. aku tak peduli. bulan puasa ke bulan syawal ke, aku nak dia eksplen kenapa dia buat aku macam ni. dia mesti bertanggungjawab atas kesentapan aku hari tu. 

Aish : ni sape?? (gila emosi aku masa tu)
PP Epal : ni Elis (muka bajet tak bersalah kenalkan pompuan lain kat aku. huh)

em..plis..jangan la nangis. tapi air mata nak jatuh jugak camne..kurang ajaran betul! masa tu aku memang emosi. ye la. memang la aku ada banyak lagi calon calon lain yang lagi hensem dari dia. tapi aku marah la jugak sebab dia tak bagi notis seminggu awal kot ye pun nak curang kan? ni namanya notis curang 24 jam. aku tak ready lagi nak contact calon calon lain! kann??
  
muka bajet marah kalau pp epal curang

tiba tiba bunyi orang ketuk pintu. 
Mommy : Aish, bangun sahur...
ooh mommy rupanya kejutkan. La mimpi rupanya. mimpi hangit betul aku rasa malam tadi! huh.

aku terus mesej PP Epal. 

Aish : awak, saya mimpi sedih. 
PP Epal : mimpi apa?
Aish : mimpi awak dah tak sayang saya lagi.
PP Epal : laaa tu kan mainan tidur.
Aish : saya sedih.
PP Epal : la takkan saya nak buat camtu. saya sayangkan awak. takkan saya nak buat camtu. awak dah cukup sempurna untuk saya..(bla bla bla skrip yusof haslam pun keluar) *dasar jiwang sedunia!
Aish : thanks awak. janji tau (kau cari lain, aku cari lain gak!)
PP Epal : ok. saya janji. saya nak hubungan kita kekal. (holloh holloh)
Aish : hm. ok. jom sahur. i lebiu
PP Epal : haha gilo

Photobucket
ingat! kalau rasa nak curang, sila bagi notis seminggu awal. sebab aku nak keluarkan segala senjata yang ada. miahaha

P/S - apalah mimpi aku malam tadi. tak best langsung!
Previous
Next Post »