Sinopsis Tiramisu

Salam uols.. Ni hao ma? Pelempang sedas dua.
Baiklah rakan-rakan. Mengenangkan minggu ni minggu terakhir drama Tiramisu ditayangkan, aku baru terhegeh-hegeh nak letak sinopsis dan ulas. eh eh eh. ketinggalan zaman betul. Korang tak  tengok ke drama ni? Rugi ooh.. Drama pilihan aku minggu ni biasalah..drama romantik. ai kan romantik!! KE??



SINOPSIS TIRAMISU


TIRAMISU (tv3) mengisahkan cinta antara dua insan yang sudah berkawan rapat di zaman sekolah, Melur (Sharifah Amani) dan Dani Mirza (Pierre Andre). Walaupun Dani seorang pelajar lelaki yang popular dan diminati oleh ramai pelajar perempuan tetapi Melur yang baru berpindah ke sekolah tersebut tidak meminati Dani seperti pelajar lain. Ini membuatkan Dani ingin mendampingi Melur dan berkenalan dengannya.


Sebenarnya, Melur mempunyai masalah keluarga kerana abang iparnya seorang kaki judi. Malah, Melur sering diganggu oleh pemiutangnya dan Dani telah menyelamatkannya. Sejak itu, Melur dan Dani mula berkawan. Terdapat keserasian antara Melur dan Dani tetapi mereka tidak memikirkan soal cinta kerana usia masih muda.


Dani menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang Chef Pastry walaupun ibunya, Puan Gai (Sheila Mambo) mengharapkannya menjadi seorang peguam yang berjaya. Melur sentiasa memberi sokongan kepada Dani dan mencadangkannya supaya memujuk ibunya dengan membuatkan kek Tiramisu. Akhirnya, Puan Gai mengalah dan menyokong cita-cita Dani.


Sebelum Dani menyambung pelajaran ke London, Dani berjanji sekiranya mereka masih bujang pada usia 28 tahun, dia mahu mengahwini Melur. Melur terharu. Mula-mula, mereka masih berhubung melalui emel. Lama-kelamaan, mereka terputus hubungan dan membawa haluan kehidupan masing-masing.


Beberapa tahun kemudian, Dani telah kembali ke tanah air sebagai Pastry Chef terkenal di London. Dani bercadang untuk membina empayar di Malaysia. Selain itu, Dani juga mahu mencari Melur namun kecewa kerana Melur telah berpindah. Lyana (Tania Hudson) yang meminati Dani sejak zaman persekolahan masih terpikat dengannya dan menaruh harapan supaya Dani akan jatuh cinta dan mengahwininya suatu hari nanti.


Dani dan Melur pernah berselisih beberapa kali tetapi tidak pernah bertembung muka. Suatu hari, Dani terserempak Melur bersama seorang budak perempuan, Ayesha (Mia Sara Nasuha).


Dia berasa kecewa kerana menyangka Melur telah berkahwin. Sebenarnya, Melur berkorban untuk keluarganya selepas kakaknya bercerai dan bekerja di Singapura.


Sejak itu, Melur bekerja di kedai bunga dan menjaga anak saudaranya, Ayesha. Walaupun Dani dapat tahu bahawa Melur masih bujang tetapi Faris (Zain Ruffedge) tidak pernah berputus asa untuk memikat hati Melur telah mengaku dirinya sebagai teman lelaki Melur. Sekali lagi, Dani memilih untuk mengundur diri.


Masih adakah jodoh untuk Melur dan Dani? Apakah yang akan terjadi kepada mereka?
Sumber : Budiey.com



................
amacam? romantik gilergiler tak? Ectelly drama ni memang selalu berlaku in reality. kadang-kadang kita suka kat orang tu tapi kita tak tahu atau taknak tahu macam mana nak terus terang. aite? makan diri la jawabnya. bak kata orang, kalau dah suka cepat cepatlah masuk meminanggg..nanti dikebas orang...


drama ni sweet. macam gula. dan comel. macam aku. eh tak tak. so kalau korang termiss atau tak pernah layan drama ni, apa kata tengok online je kat website tv3.com. so sebelum blah, jom kita layan lagu tema dia. best oohh..aizat dah kurus oohh..hehe..



musicc!!



SUSUN SILANG KATA - aizat





Aku ingin bermimpi denganmu
Ke awana untuk teman bintang bulan
Kerananya lebih terang sinarnya
Dengan kehadiran kau dan aku
Bagiku kaulah yang terindah
Manisnya senyuman anugerah Tuhan
Memarakkan api dalam diriku
Tak pernah aku sangka ada
Asingnya buatku
Asyik memikirkan dirimu
Kau umpama susun silang kata
Yang terakhir untukku
Sekian lama ku mencari
Rupa-rupanya di depanku
Hidup ini tak bererti
Jika tiada cinta di hati
Untuk terus ku teguh berdiri
Bagiku kaulah yang terindah
Manisnya senyuman anugerah Tuhan
Memarakkan api dalam diriku
Tak pernah aku sangka ada
Asingnya buatku
Asyik memikirkan dirimu
Dan tak kira apapun
Yang terjadi dalam mimpiku
Usahlah ia berakhir
Tanpaku memilikmu
Previous
Next Post »

3 komen

Write komen
Anonymous
AUTHOR
February 9, 2011 at 9:08 PM delete

haiyaa... manyak bagus la awak nie... thanxx eyh at least ai taw la jugak alkisahnyer... x sempat nak tgk tv daa...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
February 9, 2011 at 11:20 PM delete

lagu silang kata ni saya ade buat dlm utube... ngeh ngeh!

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
February 9, 2011 at 11:22 PM delete

hhoo yeke....leh terjah nnt

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...