nak marah, marah lah. aku tak kisah.
aku memang cukup terkilan bila ada blogger yang terlalu taksub nak kutuk perempuan tentang pemakaian. fine. memang perempuan perlu tutup aurat. dan memang kita sebagai umat islam kena saling mengingatkan. tapi bukan dengan cara mengaibkan perempuan tersebut.
ada siapa siapa terasa?
please. ada ramai blogger otai kat luar sana yang beriban follower, menggunakan cara yang terbaik untuk mengingatkan kaum hawa untuk menutup aurat.
nak tahu cara yang terbaik yang dorang gunakan?
1. mereka memasukkan hadis hadis yang menyokong supaya perempuan menutup aurat. so bila perempuan baca even dorang panas telinga pun, tapi tu hakikat yang agama suruh kita buat. kadang kadang memang sentap sampai kan perempuan ni terus terdetik nak berubah tutup aurat. tu hadis dan ayat al quran punya penangan.
2. mereka tidak memasukkan gambar contoh perempuan yang tidak menutup aurat. korang tau tak, menegur perempuan yang tak menutup aurat dan dalam masa yang sama korang menempek gambar tidak menutup aurat dalam entry tu, apa maknanya? same kan?
3. mereka menggunakan bahasa yang halus, sopan dan penuh tata susila sebagai umat yang mahu menegur sedara sesama islam. bukan dengan cara memaki hamun, mengherdik dan meluahkan kata kata jengkel pada perempuan itu.
aku tahu tajuk entry yang melibatkan perempuan dan pemakaian memang top search lahhhh. tapi korang jangan gunakan tu sebagai cara nak naikkan trafik. nak ingatkan kaum hawa yang tak menutup aurat bukan begitu caranya.
ok bye.
4 komen
Write komennak tegur pon kene dedikasi!!
Replybetul3...sgt2 sokong!!
Replykita nie kalau nk menegur,bukan cara mengutuk2..
mana la bole dipaksa2 ..
kalau kita mengutuk2 lg la ppuan yg sexy tu x degil utk tukar imej yg sopan!!
sepatutnya,kena gunakan kelembutan dlm menegur.Tp,b4 menegur org tu..pastikan anda atau ahli keluarga yg lain menutup aurat ye..ehehhee
suke entry nih.....
Replyjom singgah n follow belog saya..
http://inibelogfyna.blogspot.com/
ada kalanya cara kita tegur tu bkn buat org berubah tapi makin jauh...
ReplySila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon