tingginya hantaran? discount boleh?

Tags

"Sekarang ini segala perkara memerlukan wang. Kalau hendak kahwin, soalan yang pertama ditanya, ada duitkah? Ia kerana majlis perkahwinan hari ini semuanya pakai duit. Dari membuat jamuan hingga kepada hal kecil seperti buah tangan untuk tetamu, selain upah mak andam dan jurugambar"


haritu pergi majlis pertunangan sorang member ni. masa tu kitorang berkumpul anak-anak dara ni ada la dalam 5orang. dalam 5 orang tu lak ada 3 orang yang dah bertunang. 2 lagi belum. aku masuk kategori mana? kategori 2 orang tu la. Sentap tak sentap? Jeles ok. bila mak nak kawen kan aku nihh...


so bila dah sembang pasal duit hantaran, ada banyak persepsi dorang nih. especialy dari pihak lelaki. kalau mintak hantaran tinggi..taklah tinggi sangat. paling ok pun 10k. eh eh eh kira orait la tu kan. barang sekarang semua dah naik harga. tapi bila sebut je 10k, macam-macam tanggapan.


kalau lelaki tak berapa nak ada duit, dorang akan kata...
"ni nak jual anak ke apa?"


So apa yang lelaki ni nak dengar dari pihak perempuan adalah...
"berapa korang nak kasi, kasilah. aiman tak kisah. lagipun anak pompuan kitorang bukan lawa sangat macam AISHwarya rai!"


itu kalau kene kat lelaki yang kategori tak berapa nak ada duit tapi kalau kena kat lelaki yang loaded ala ala datuk k (loaded ke?) mungkin lain pulak jawapan dia mengenai hantaran 10k..
"eh 10k? murah sangat tu..takpe. demi AISHwarya tersayang, ai up lagi 10k. aiman okay!"


tapi tipulah kalau pihak pompuan kata, aiman tak kisah nak bagi berapa pun boleh. kalau keluarga pompuan tu tak berapa nak mampu..nak tanggung macam-macam almaklumlah semua barang dah naik harga..jadi apa lah salahnya kalau duit hantaran yang depa mintak tu kita setujukan aje..bukan jual anak..tapi tu semua kan untuk perbelanjaan kahwin tu jugak. 



apa pun bincang lah baik-baik antara dua keluarga ye. 










Blogger yang bekerjaya dan fulltime online business. Jangan lupa add saya di FB dan follow saya di Instagram. Hubungi 0126716961 untuk sebarang pertanyaan mengenai Shaklee

Kongsikan artikel ini di :